Monday, June 21, 2010

KKS - Ekspo Sinar Rakyat



Pusat Internet Desa Bukit Kayu Hitam, dibawah Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan telah diberi tanggungjawab bagi melaksanakan Karnival Keusahawanan Sosial PID 2010. Mini Ekspo Karnival yang dikenali sebagai Ekspo Sinar Rakyat akan diadakan di tapak Letak Kereta berhadapan Kompleks Changlun. Pemilihan tapak ini adalah kerana kesesuaian serta lokasinya yang menjadi tumpuan umum.

Karnival Keusahawanan Sosial 2010 berlangsung selama sebulan iaitu dari 16 Jun 2010 hingga 18 Julai 2010 dengan mengetengahkan tiga (3) aktiviti khusus iaitu Bengkel Portal PID, e-Karnival dan Mini Ekspo jualan dan pameran usahawan. Bengkel Portal PID bertujuan melatih komuniti dalam penggunaan kemudahan portal yang telah disediakan secara percuma seperti memiliki e-kedai bagi mempromosikan produk dan perkhidmatan untuk semua usahawan secara percuma. E-Karnival adalah aktiviti jual beli secara dalam talian dengan setiap usahawan akan mengetengahkan produk secara online menerusi blog, laman web dan sebagainya. Seterusnya Mini Ekspo Karnival pula akan memberi peluang kepada usahawan dalam mempromosi produk dalam usaha merangsang pembangunan ekonomi dan sosial komuniti setempat terutama usahawan bumiputera.

Hampir 30 booth pameran akan disediakan untuk usahawan serta agensi kerajaan dalam menjayakan program ini. Ekspo jualan usahawan akan berlangsung dari 1 hingga 20 Julai 2010, sementera pameran agensi kerajaan pula akan diadakan pada 16 hingga 18 Julai 2010. Majlis Perasmian pula dijangka pada 18 Julai 2010. Pelbagai aktiviti menarik akan diadakan seperti forum agama, persembahan kesenian, wayang kulit, sukaneka, mewarna dan lain-lain yang akan memeriahkan lagi ekspo.

Sila hubungi PID Bukit Kayu Hitam di talian 04-9222003 atau terus kepada Pengurus PID (En Razi) 012-5210672.

Thursday, June 17, 2010

KIOSK PID




PID Bukit Kayu Hitam telah menerima KIOSK pada 14 Jun 2010

Bengkel e-Kedai & Blog

Hari pertama merangkumi bengkel membina eKedai menggunakan Portal PID yang menyediakan ruang untuk membuka ekedai bagi menjalankan perniagaan secara online. Disamping itu peserta juga boleh membeli secara online dari ekedai rakan-rakan PID seluruh negara.

Hari kedua peserta akan diajar membina blog perniagaan masing-masing.


Sesi 1

Tarikh : 12 - 13 Jun 2010


Masa : 9.00 pagi - 2.00







Sunday, June 13, 2010

Mesyuarat KKS 2010 Zon Utara

Mesyuarat telah diadakan di Radic Oriental Sungai Petani dari jam 3.30 petang hingga 7.00 malam. Wakil PID Utara yang hadir adalah En. Hamizam Sahimi Pengurus PID Yan selaku pengerusi PNH Zon Utara, Siti Rahmah Samsuden Penolong Pengurus PID Yan, Siti Huraizah Abdul Rahman Pengurus PID Balik Pulau, Sarina Ishak Penolong Pengurus PID Balik Pulau, Rozita Othman Pengurus PID Tasek Gelugor, Mohd Faizan Mohamood Pengurus PID Kupang, Shahiran Mohamad Ali Penolong Pengurus PID Kupang, Siti Fatimah Ayop Pengurus PID Kuala Nerang, Mohamad Noorizan Ramli Penolong Pengurus PID Kuala Nerang, Muhamad Razi Bakar Pengurus PID Bukit Kayu Hitam dan En Nasir Sobri Pengerusi KUMUDA Balik Pulau.









Wednesday, June 9, 2010

Info Biznes (Produk Peknga)

Peknga semakin digemari.

ALOR SETAR 7 Mei - Sebut sahaja peknga, sudah pasti ramai yang tidak mengenalinya.

Ia bukan sahaja 'janggal' di kalangan penduduk kota malah masyarakat desa khususnya generasi muda juga sudah tidak mengenali makanan itu.

Peknga yang merupakan singkatan daripada perkataan 'tempek dalam belanga' merupakan makanan tradisonal yang cukup popular di kalangan penduduk pada suatu ketika dahulu di utara Semenanjung termasuk di Kedah.

Jika di Kedah ia dikenali dengan peknga, penduduk negeri lain pula memanggilnya dengan nama tempek, roti kesot atau lempeng.

Malah penulis sendiri menyebutnya sebagai tempek, iaitu makanan kegemaran sewaktu kecil ketika menunggu masa untuk bersarapan pagi.

Ia cukup lazat, apatah lagi di makan ketika panas. Malah penulis sendiri tidak mahu 'terlepas' peluang menikmati pek nga hasil air tangan ibu kerana makanan tradisi seumpama itu sukar dicari di gerai-gerai makanan.

Peknga merupakan hasil campuran tepung, kelapa atau pisang, air, garam dan gula yang kemudiannya dibalut dengan daun pisang sebelum dibakar garing.

Bagi penggemar peknga yang dihasilkan dengan pisang, biasanya ia dimakan begitu sahaja tetapi jika digunakan campuran kelapa, makanan tersebut sesuai dicecah gulai atau kari ikan kembung.

Aroma peknga yang dibalut daun pisang ketika dibakar sudah cukup untuk membuatkan sesiapa sahaja meleleh air liur, itu belum lagi merasai kelazatan makanan itu.

Namun entah kenapa, makanan itu kini sukar untuk dicari di kedai-kedai makanan sedangkan ia masih mempunyai ramai penggemar, malah peknga boleh dikomersialkan kerana rasanya yang lazat.

Atas kesedaran itu, Abd. Razak Ahmad, 44, mengambil inisiatif untuk memperkenalkan peknga supaya penggemar yang mengidam untuk menjamah makanan tradisi itu mempunyai tempat untuk menikmatinya.

Bagi yang tinggal di bandar raya ini, mereka boleh merasai keenakan peknga kelapa panas dengan mencecah kari ikan kembung di gerai milik Abd. Razak, RaFa's yang terletak di Medan Kota, Persiaran Sultan Abdul Hamid di sini.

Abd. Razak berkata, dia telah berniaga di gerai tersebut sejak 1980-an tetapi dengan menjual roti canai sahaja sebelum tercetus idea untuk menghasilkan peknga kelapa pada awal tahun ini.

"Saya memang penggemar pek nga namun sukar untuk mencari makanan ini dan disebabkan itu saya mengambil keputusan untuk menjual peknga di gerai saya.

"Istimewanya peknga di gerai saya ialah kuah gulai ikan kembung yang sengaja dipanaskan selama dua hari untuk memekatkan kuahnya supaya ia mudah dicecah dengan peknga," katanya ketika ditemui di gerainya di sini hari ini.

Ujarnya, bahan asas untuk membuat pek nga cukup ringkas dan mudah diperoleh namun agak sukar mendapatkan bekalan kelapa yang sesuai bagi membuat pek nga.

Jelasnya, kelapa yang digunakan untuk menghasilkan peknga perlu diambil di bahagian tengahnya sahaja bagi mengelak tempurung kelapa berwarna hitam yang boleh menjadikan rasa peknga kurang enak.

"Kerana sukar mencari kelapa yang sesuai, akhirnya saya membeli kelapa daripada seorang rakan dan memarut sendiri kelapa tersebut di gerai saya.

"Ramuan peknga dibancuh sendiri oleh isteri saya, Fadzillah Yaakub yang turut membantu saya di gerai ini," katanya.

Abd. Razak memberitahu, harga satu set juadah tersebut iaitu sebiji peknga bersama kari ikan kembung ialah RM2 dan pelanggan pasti tidak akan kecewa dengan keenakan rasa makanan tradisi itu.

''Peknga yang dijual di sini memang besar dan berbaloi dengan harga yang dikenakan kepada pelanggan.

"Sejak hari pertama dijual di sini, memang peknga akan selalu dicari oleh para pelanggan yang inginkan kelainan untuk bersarapan pagi," katanya.

Tambah Abd. Razak, gerainya dibuka mulai pukul 6 pagi sehingga 11 pagi setiap hari kecuali hari Rabu dan selain peknga, pelanggan boleh menikmati roti canai, capati, roti jala, murtabak dan sebagainya.

Selain menjual peknga di gerainya, peniaga itu juga mengorak langkah untuk memajukan lagi perniagaannya dengan menjual peknga sejuk beku.

Idea untuk menjual peknga sejuk beku datang daripada seorang rakannya yang juga seorang ahli perniagaan berjaya iaitu Datuk Zubir Zabidi.

"Zubir adalah rakan sejak kecil dan dia sentiasa memberikan galakan kepada saya untuk memajukan lagi perniagaan makanan yang diusahakan oleh saya.

"Kini peknga, roti canai dan capati yang dihasilkan oleh saya dijual dalam bentuk sejuk beku untuk memudahkan para pelanggan menikmati makanan ini pada bila- bila masa," katanya.

Mereka yang mahu mendapatkan peknga sejuk beku mereka boleh menghubungi Abd. Razak di talian 012-4820864.

Dirujuk dari Utusan Malaysia.
Oleh SAFINA RAMLI
utusankedah@utusan.com.my

Tuesday, June 8, 2010

Bengkel e-Karnival


JOM SERTAI

E-KARNIVAL (Jual beli secara online)

SEMPENA

KARNIVAL KEUSAHAWANAN SOSIAL 2010


BAGAIMANA?


Anda Hanya Perlu Ada Blog Dan E-kedai Untuk Turut Serta...


TIADA BLOG DAN E-KEDAI!


Jangan Bimbang Kami Akan Bantu Anda Menyediakannya. Kami akan mengadakan Sesi Bengkel Dan Latihan Kepada Anda Untuk Menyediakan Blog Dan E-kedai Anda. Jangan Lepaskan Peluang Ini.


BENGKEL MEMBINA E-KEDAI & BLOG


Kandungan :

Hari pertama merangkumi bengkel membina eKedai menggunakan Portal PID yang menyediakan ruang untuk membuka ekedai bagi menjalankan perniagaan secara online. Disamping itu peserta juga boleh membeli secara online dari ekedai rakan-rakan PID seluruh negara.

Hari kedua peserta akan diajar membina blog perniagaan masing-masing.


Sesi 1

Tarikh : 12 - 13 Jun 2010

Masa : 9.00 pagi - 2.00 petang

Yuran : RM10.00


Sesi 2

Tarikh : 19 - 20 Jun 2010

Masa : 9.00 pagi - 2.00 petang

Yuran : RM10.00


Sesi 3

Tarikh : 26 - 27 Jun 2010

Masa : 9.00 pagi - 2.00 petang

Yuran : RM10.00



Semua bengkel akan dijalankan di PID Bukit Kayu Hitam.
Tempat adalah terhad.

Saturday, June 5, 2010

Program Kesedaran Wireles Sensor Network (WSN) Zon Utara.

Program ini adalah anjuran Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan sebagai sebahagian daripada aktiviti program kesedaran teknologi sensor tanpa wayar peringkat nasional. Ia telah diadakan pada 1 - 3 Jun 2010 bertempat di Evergreen Laurel Hotel, Persiaran Gurney Pulau Pinang.





Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan berkenaan teknologi sensor tanpa wayar dan aplikasi yang telah berkembang dengan pesat dan berpotensi diaplikasikan kepada kegunaan pengurusan bencana.








Thursday, May 27, 2010

Karnival Keusahawanan Sosial PID 2010



JOM Membeli belah di www.pid.net.my


Terbuka kepada semua golongan untuk membeli belah menerusi PID.


Pusat Internet Desa (PID) diseluruh Malaysia akan mengadakan PID Se Fair 2010. Bermula daripada 15 Jun sehingga 18 Julai. Terdapat Bengkel,Mini Expo dan e-Karnival untuk membuka peluang kepada komuniti setempat menambahkan pendapatan dengan penjualan barangan secara terus ataupun penjualan secara maya.

Karnival Usahawan Sosial PID?

  • Sebuah program yang berteraskan ICT.
  • Inisiatif kementerian Penerangan,Komunikasi dan Kebudayaan.
  • Program yang dikelolakan oleh Pusat Internet Desa PID
  • Bertujuan mengalakan aktiviti Keusahawanan di samping melahirkan usahawan baru di kalangan komuniti setempat
Karnival Usahawan Sosial PID 2010?

  • Peluang untuk Usahawan memperluaskan penjualan produk.
  • Melahirkan Usahawan baru dengan menggunakan e-kedai di Portal PID www.pid.net.my
  • Aktiviti-aktiviti yang berteraskan keusahawanan dan ICT.
  • Jual beli secara online.
Apa Yang Anda Dapat?
  • Meningkatkan taraf kehidupan disamping menjadi usahawan peringkat global.
  • Merapatkan jurang digital melalui sesi kelas-kelas ICT dan bengkel-bengkel keusahawanan.
  • Mempromosikan produk-produk tempatan dan perkhidmatan masing-masing.
Keistimewaan?

  • Mini ekspo (pameran dan jualan).
  • e-Karnival - jual beli secara maya(online).
  • aktiviti/pertandingan berteraskan ICT dan Keusahawanan.
  • Forum/Bual Bicara bersama Usahawan berjaya.
  • Anugerah bagi yang terlibat di dalam Karnival.

Tunggu apa lagi!! Jangan lepaskan peluang ini. Sila datang dan daftar penyertaan anda di PID Bukit Kayu Hitam.





Wednesday, May 26, 2010

The Royal Kedah International Hot Air Balloon Festival 2010

Pada 28 - 30 Mei 2010 telah berlangsung The Royal Kedah International Hot Air Balloon Festival 2010 yang diadakan di Taman Jubli Emas, Jalan Suka Menanti Alor Setar Kedah. Pelbagai acara menarik telah diadakan selain pertunjukan belon panas seperti pertandingan PaintBall, pertunjukan udara, pameran dan jualan produk dan sebagainya.












The Royal Kedah International Hot Air Balloon Festival 2010 telah diadakan di Taman Jubli Emas, Suka Menanti, Alor Star Kedah bermula 28hb Mei ini hingga 30 Mei.

Program ini disertai daripada negara-negara luar antaranya dari Jepun, Thailand Perancis, New Zealand, Belgium dan Malaysia.

Terdapat dua sessi bagi membolehkan pengunjung menaiki belon panas ini iaitu di sebelah pagi bermula pukul 6.30pagi hingga 9.00 pagi dan di sessi kedua disebelah petang bermula dari pukul 5.30ptg hingga 7.30 petang. Pengunjung yang ingin menaiki belon panas selama 10 hingga 15 minit ini dikenakan bayaran sebanyak RM10.00.

Sepanjang pesta berlangsung sekitar taman Jubli Emas akan diadakan pelbagai aktiviti seperti para glider, payung terjun, go kart, pentas kebudayaan, pameran dan jualan usahawan kecil. Untuk ini khemah-khemah disediakan untuk disewakan kepada pihak-pihak yang ingin mengadakan pameran dan jualan produknya.

Program ini anjuran Kerajaan Negeri dengan kerjasama Rozad Creative. Lain-lain agensi yang terlibat ialah Jabatan Kerja Raya, SADA, MBAS, Kementerian Pelancongan Malaysia, Tourism Malaysia, Yayasan Sultanah Bahiyah, Jabatan Pengangkutan Jalan, Jabatan Pertahanan Awam (JPA3),Lembaga Perlesenan Kenderaan Persekutuan, Transnasional, Mara Liner dan Mada.

Hari Bertemu Pelanggan KEDA Napoh



Jom pakat ramai-ramai ke program Hari Bertemu Pelanggan Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) pada 28-30 Mei 2010 bertempat di Perkarangan Pusat Pembangunan Usahawan KEDA Napoh, Jitra dari jam 10.00 pagi hingga 10.00 malam. Pelbagai aktiviti menarik menanti anda di sana. Maklumat lanjut hubungi talian 04-9179520.

Tuesday, May 25, 2010

Usahawan Sosial

Isu pengganguran masih lagi dibincangkan di sana sini. Penggangguran bukan sahaja lagi terbatas dikalangan mereka yang kurang pendidikan tetapi kini sudah menjalar dikalangan mereka yang berpendidikan tinggi. Namun begitu 15 peratus daripada tenaga kerja di negara ini adalah terdiri daripada warga asing. Salah satu strategi kerajaan untuk menangani masalah pengangguran adalah dengan menggalakan tenaga muda negara menjadi usahawan. Ini bermakna mereka perlu mengubah mentaliti bahawa hanya dengan menjadi pekerja dan makan gaji sahaja mereka boleh menyara hidup mereka. Generasi muda di negara ini digalakan untuk menjadi usahawan. Apabila perkataan usahawan diucapkan seringkali pula kita akan membayanagkan satu perniagaan yang besar, berjaya dan usahawan itu adalah orang orang yang kaya. Tanggapan sedemikian tidak boleh dinafikan kerana istilah usahawan seringkali dikaitkan dengan perniagaan. Dengan sifat manusia moden yang materialistik maka tidak hairanlah ramai orang yang ingin jadi usahawan, tetapi berapa pula yang berjaya.

Pernahkah kita mendengar istilah usahawan dikaitkan dengan isu-isu sosial. Sekarang ini telah wujud istilah usahawan sosial. Usahawan sosial adalah individu yang mempunyai penyelesaian inovatif atau innovative solution kepada masalah sosial yang yang sedang dihadapi oleh masyaratnya.

Seorang usahawan adalah individu yang merangsangkan kemajuan ekonomi dengan mencari cara baru atau cara yang lebih baik untuk melaksanakan sesuatu. Seperti juga usahawan yang mengubah sesuatu perniagaan melalui kemahiran berniaganya, usahawan sosial bertindak sebagai agen perubahan kepada masyarakatnya.

Seseorang usahawan sosial akan mengambil apa juga peluang dan kesempatan yang terbuka, yang mana tidak disedari oleh orang lain, untuk memperbaiki sistem masyarakat, mengilhamkan pendekatan baru dan juga memikirkan cara penyelesaian yang baru untuk memperbaiki lagi masyarakat disekelilingnya. Jika seorang usahawan perniagaan berjaya membuka satu perniagaana baru, seorang usahawan sosial akan memikirkan satu penyelesaian baru kepada sesuatu masalah sosial dan melaksanakannya bagi memperbaiki lagi keadaan masyarakatnya.

Usahawan sosial mempunyai misi sosial. Kekayaan atau keuntungan bukan misi usahawan sosial. Disebaliknya usahawan sosial akan lebih mementingkan pencapaian dan impak misi sosialnya. Seorang usahawan sosial harus menyampaikan ideanya secara mesra, mudah difahami, beretika dan mendapat sokongan ramai untuk membolehkannya mengerakkan sebanyak mungkin orang ramai menerima dan melaksanakan ideanya. Dalam kata lain, seorang usahawan sosial mestilah berupaya menyakin dan mengembelingkan seramai mungkin tenaga agen perubahan tempatan untuk sama-sama melaksana dan mencapai matlamat menangani isu-isu sosial dalam sesebuah masyarakat.

Diantara usahawan sosial yang terkenal adalah Mary Montessori dari Itali yang telah mengilhamkan pendekatan Montessori dalam pendidikan kanak-kanak pra sekolah. Di India pula terdapat uVinoba Bhave yang telah berjaya membantu rakyat yang tidak mempunyai tanah dengan mengagihkan hampir tujuh juta ekar tanah. Beliau adalah pelopor Land Gift Movement.

Dalam usaha pembangunan belia di Malaysia, kita dapati banyak pendekatan perlu diolah semula untuk menjadikannya lebih inovatif, menarik dan pragmatik kepada situasi sekarang dan juga citra diri generasi muda dalam era globalisasi sekarang ini. Ada ketikanya kita sering kali mengulangi apa yang telah kita lakukan sejak bertahun-tahun tanpa banyak mempersoalkan keberkesanan pendekatan pembangunan belia yang kita laksanakan. Kita akui bahawa tidak semua pemimpin sosial dengan sendirinya boleh menjadi usahawan sosial.

Usahawan sosial perlu mempunyai ciri-ciri tertentu yang bersifat pragmatik dan inovatif. Sudah sampai masanya dalam usaha kita menangani pelbagai masalah generasi muda kita bagi menggalakkan kelahiran usahawan sosial untuk memberikan nafas baru dalam pendekatan pembangunan belia. Pendekatan pembangunan belia melalui keusahawanan sosial akan lebih mantap kerana ia akan dibimbing dan dilaksanakan oleh usahawan sosial yang seharusnya mempunyai ciri berikut:

  • memilih misi untuk mewujud dan mengekalkan nilai sosial
  • mengiktiraf dan sentiasa mencari peluang baru untuk mencapai misinya
  • berterusan terlibat dalam proses inovasi, adopsi dan pembelajaran
  • melaksanakan secara berani tanpa had dengan sumber yang terhad dan sedia ada
  • menunjukkan kebertanggungjawaban yang tinggi kepada mereka yang mendapat khidmatnya dan juga kepada pencapaian misinya. Perlaksanaan program pembangunan belia memerlukan ciri-ciri input usahawan sosial.

Program tersebut memerlukan pendekatan yang inovatif yang mana kita perlu mencari pendekatan seterusnya membangunkan model pembelajaran yang baru. Jika tidak pun, kita tidak perlu mencipta sesuatu yang benar-benar baru. Yang perlu kita dapat menyesuaikan pendekataan dan misi kita dengan situasi baru agar ia menjadi relevan pada situasi masa kini.

Memanglah dalam setiap usaha baru akan ada unsur kegagalan. Kebanyakan daripada kita akan mengulangi yang lama dan takut berubah kerana kita takut pada kegagalan. Usahawan sosial seperti usahawan lain tidak takut gagal, mereka akan terus mencuba kerana kegagalan pada usahawan bukanlah satu tragedi tetapi adalah satu usaha pembelajaran.

Usahawan sosial menilai prestasinya berdasarkan kemajuan yang dicapai dari aspek sosial dan pengurusannya tidak semata-mata kepada proses dan sains sesuatu program yang dilaksanakan. Bersediakah kita untuk menjadi usahawan sosial?. Anda sendiri bakal menentukannya.

Prof Dr Samsudin A Rahim

Autoshow Alor Setar