Wednesday, November 26, 2008

Thursday, November 20, 2008

GEW : Program Perkongsian Pengalaman

Tanaman Cili Secara Fertigasi


Pada Khamis 20 November 2008, telah diadakan Program Perkongsian Pengalaman Usahawan di PID Bukit Kayu Hitam. Dalam program ini peserta telah didedahkan berkenaan teknik pertanian iaitu tanaman Cili secara Fertigasi. Program ini telah dikendalikan oleh Mohd Ashraf bin Hj. Shuib selaku Pengarah Urusan Abiagro dari Kangar Perlis.


En Mohd Ashraf bin Hj. Shuib selaku Pengarah Urusan Abiagro



En Mohd Ashraf sedang menyampaikan penerangan beliau mengenai kaedah Fertigasi kepada peserta yang hadir.

Antara peserta yang hadir mendengar penerangan dari En Ashraf mengenai teknik Fertigasi

Latar Belakang En. Mohd Ashraf bin Hj. Shuib

Beliau adalah seorang yang terlalu meminati bidang perniagaan. Perniagaan yang sedang beliau miliki adalah Abi Agro (RA0010770-X) dan beberapa perniagaan online. Perniagaan yang telah direalisasikan adalah perniagaan tani, menggunakan teknologi moden dalam pertanian ( fertigasi dan anak pisang tisu kultur ), selaras dengan hasrat dan harapan negara ke arah negara yang maju dalam pertanian. Beliau berasa puas sekiranya dapat membantu lebih ramai menceburi bidang perniagaan, pertanian, penternakan dan perikanan. Lawati laman web beliau di http://mohdashraf.com untuk mengenali Mohd Ashraf dengan lebih dekat.

Bagi yang berminat mempelajari kaedah pertanian secara fertigasi boleh melawat laman web http://abiagro.com.my yang turut menjual set mini fertigasi.

Dana Usahawan

1. Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN)

Menawarkan modal tambahan kepada peminjam dengan mudah, cepat dan berkesan.
Sasaran kepada:Bumiputera (Peniaga Kecil) dalam semua sektor.

Yayasan TEKUN Nasional Basement 1,
Medan MARA Jalan Raja Laut
50652 Kuala Lumpur
No. Tel: 03-2692 5185No.
Faks: 03-2692 4982

2. Kemudahan Pembiayaan Perniagaan MARA

Mengadakan kemudahan pembiayaan perniagaan ke arah menambah bilangan serta mempertingkatkan tahap usahawan Bumiputera dalam bidang perdagangan dan perindustrian yang bersaiz kecil dan sederhana.

Sasaran kepada:Bumiputera (IKS) dalam sektor pembuatan, perkhidmatan, perdagangan, pengangkutan, kontrak binaan, perkhidmatan dan bekalan.

Bahagian Pembiayaan PerniagaanMajlis Amanah Rakyat (MARA)
Tingkat 17, Bangunan Medan MARAJalan Raja Laut,
50609 KUALA LUMPURNo.
Tel: 03-2691 5111 / 2691 5377

3. Skim Jaminan Usahawan Kecil (SJUK)

Memudahkan usahawan kecil yang mempunyai perniagaan berdaya maju mendapatkan kemudahan kredit dari RM10,000.00 sehingga RM50,000.00.

Sasaran kepada:Terbuka kepada semua usahawan dalam semua sektor.

Credit Guarantee Corporation Malaysia BerhadAras 13-16,
Bangunan CGCKelana Business Centre97,
Jalan SS 7/247301 Petaling Jaya
No. Tel: 03-7806 2300No. Faks: 03-7806 3308

4. Tabung Usahawan Siswazah (TUS)

Memberi peluang kepada siswazah mendapat pengetahuan dan pengalaman dalam bidang pengurusan perniagaan, mewujudkan usahawan daripada kalangan siswazah dan menyediakan pinjaman perniagaan untuk mereka memula dan mengembangkan perniagaan.

Sasaran kepada:Siswazah dalam semua sektor.

Bank Pembangunan & Infrastruktur Malaysia BerhadAras 20,
Menara Bank Pembangunan
Peti Surat 12352
Jalan Sultan Ismail
50774 Kuala Lumpur
No. Tel: 03-2615 2020No.
Faks: 03-2692 7168

5. Skim Modal Asas

Menyediakan kemudahan penyertaan ekuiti dan pinjaman mudah bagi membantu IKS Bumiputera mendaparkan modal pokok yang mencukupi bagi memulakan dan melaksanakan sesuatu projek.

Sasaran kepada:Bumiputera (IKS) dalam sektor pembuatan dan perkhidmatan.

Bank Pembangunan & Infrastruktur Malaysia Berhad
Aras 20, Menara Bank Pembangunan
Peti Surat 12352 Jalan Sultan Ismail
50774 Kuala Lumpur
No. Tel: 03-2615 2020No.
Faks: 03-2692 7168

6. Skim Pembiayaan Pusat Negeri (SPPN)

Meningkatkan bilangan usahawan menengah Bumiputera (UMB) khusus dalam industri kecil dan sederhana (IKS) di peringkat negeri dan membangun serta mempertingkatkan budaya keusahawanan di kalangan UMB.

Sasaran kepada:Bumiputera (IKS) dalam semua sektor.

Perbadanan Nasional Berhad (PNS)
Aras 9B, Menara Dato Onn
Putra World Trade Centre
45, Jalan Tun Ismail
50490 Kuala Lumpur
No. Tel: 03-2698 8870No.
Faks: 03-2698 8617

7. Skim Bantuan Pembangunan Francais

Membantu dan memberi insentif kepada pengusaha individu dan syarikat tempatan memfrancaiskan produk dan perniagaan tempatan atau luar negeri.

Sasaran kepada:Terbuka(Francaisor) dalam sektor perkhidmatan dan perniagaan.

Bahagian Francais & Vendor
Kementerian Pembangunan Usahawan Dan Koperasi
Bahagian Francais dan VendorAras 4,
Blok Menara
Lot 2 G6, Presint 2
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62100 PutrajayaNo.
Tel: 03-8880 5608 / 07No. Faks: 03-8880 5617

8. Skim Pembiayaan Francais

Membantu usahawan dalam perniagaan francais mendapatkan pembiayaan menerusi institusi-institusi kewangan terpilih dan mendapat kemudahan subsidi kadar faedah.

Sasaran kepada:Terbuka (Francaisi) dalam sektror pembuatan, perniagaan dan perkhidmatan.

Credit Guarantee Corporation Malaysia Berhad
Aras 13-16,
Bangunan CGCKelana Business Centre97,
Jalan SS 7/247301 Petaling Jaya
No. Tel: 03-7806 2300
No. Faks: 03-7806 3308

Tuesday, November 18, 2008

GEW: Bengkel Asas Membina Blog

Pada 18 November 2008 telah dijalankan program bengkel asas membina blog di PID Bukit Kayu Hitam yang disertai seramai 6 orang peserta yang terdiri dari seoarang wanita dan 5 orang lelaki. Bengkel dijalankan sempena Minggu Keusahawanan Sedunia dimana tujuan bengkel ini diadakan adalah bagi memberi pendedahan kepada peserta bagaimana blog boleh gigunakan sebagai sumber pendapatan sampingan. Bengkel telah dikelolakan oleh Penyelia PID sendiri sebagai penceramah. Bengkel bermula jam 9.00 pagi dan tamat jam 12 tengah hari.




























Kunjungan


Gambar yang diambil pada 3 November 2008 semasa kunjungan rakan Penyelia dan Penolong Penyelia PID dari Negeri Kedah ke PID Bukit Kayu Hitam dalam dalam program kunjungan mesra. Mereka adalah Penyelia PID Yan En. Hamizam, Penyelia PID Kuala Nerang En. Alwi, Penolong Penyelia PID Kuala Nerang En Muhamad Noorizan dan Penolong Penyelia PID Kupang En Shahiran

Monday, November 10, 2008

GLobal Entrepreneurship Week (17 - 23 Nov '08)

Muat turun Kalendar Aturcara Di Seluruh Malaysia Di Sini

Minggu Keusahawanan Global / Global Entrepreneurship Week


Global Entrepreneurship Week merupakan sambutan keusahawanan di peringkat global yang julung kalinya diadakan. Pada 17-23 November, jutaan belia seluruh dunia akan menyertai satu pergerakan usahawan dan bakal menonjolkan ide-ide mereka untuk menghasilkan keuntungan sambil menangani masalah-masalah sosial. Ribuan aktiviti sedang dirancang di lebih dari 75 negara dengan tujuan untuk menggalakkan golongan muda untuk berfikiran luas, menukar ide menjadi kenyataan dan meninggalkan kesan.


Minggu Keusahawanan Global diasaskan oleh Yayasan Ewing Marion Kauffman di Amerika Syarikat (http://www.kauffman.org/) bersama-sama dengan penganjur Kempen ’Make Your Mark’ dari United Kingdom (http://www.makeyourmark.org.uk/). Penaja acara ini diperingkat global adalah syarikat Ernst & Young, IBM dan Bursa Saham New York – Euronext. GEW juga disokong oleh UK Department for Business, Enterprise and Regulatory Reform , JA Worldwide, Endeavor, Entrepreneurs’ Organisation, DECA, YPO-WPO, AIESEC, National Foundation for Teaching Entrepreneurship, Young Americas Business Trust, YES – European Confederation of Young Entrepreneurs.

Minggu Keusahawanan Global ini juga memperlihatkan satu konsep baru di dalam penganjuran acara. Aktiviti-aktiviti GEW tidak dilakukan setempat oleh satu badan penganjur sahaja. Warisan Global sebagai hos hanya bertindak sebagai pemangkin dan penyelaras aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan sendiri oleh rakan-rakan kerjasama di lokasi yang mereka tentukan. Semua aktiviti yang dirancang didaftarkan di laman web rasmi GEW http://www.unleashingideas.org/ untuk dikongsi dengan masyarakat dunia. Secara otomatik, organisasi yang menjadi rakan kerjasama GEW Malaysia diketengahkan ke peringkat global.


Dalam merancakkan lagi Minggu Keusahawanan Global, Pusat Internet Desa Bukit Kayu Hitam juga tidak terkecuali dalam menganjurkan aktiviti berasaskan ICT dalam penerapan bidang keusahawanan. Pelbagai aktiviti akan dilaksanakan pada minggu tersebut. Perlaksaan aktiviti ini di PID Bukit Kayu Hitam adalah menerusi sebuah kelab yang dibentuk iaitu Kelab Usahawan Sosial PID Bukit Kayu Hitam yang merupakan kelab yang menjalankan aktiviti keusahawanan sosial dengan sokongan Pusat Internet Desa. Ianya adalah sebuah kelab yang mengumpulkan usahawan-usahawan yang berkecimpung dalam perlbagai jenis perniagaan dalam menjalankan aktiviti berkaitan keusahawanan dalam memajukan lagi bidang perniagaan. Disamping itu ia juga sebuah kelab yang akan mewujudkan suasana keusahawanan yang baik antara usahawan menerusi pertukaran idea dan pengalaman dalam percambahan ilmu keusahawanan dalam membantu sesama sendiri.

Wednesday, July 16, 2008

Rancangan Perniagaan

Apa itu Rancangan Perniagaan (Business Plan) ?

  • Satu dokumen bertulis yang menerangkan secara menyeluruh tentang perniagaan atau projek yang hendak dijalankan.
  • Merupakan pelan induk perniagaan yang menerangkan kajian-kajian yang telah dibuat dan langkah-langkah yang akan diambil pada masa hadapan untuk membangunkan perniagan, ramalan dan jangkaan serta cara-cara pelaksanaan strategi perniagaan.

Kegunaan

Rancangan Perniagaan disediakan oleh bakal usahawan dan perniagaan yang sediada untuk tujuan-tujuan tertentu seperti berikut :

  • Membolehkan usahawan melihat dan menilai projek secara objektif, kritikal dan praktikal.
    Menjadi garis panduan untuk pengurusan perniagaan.
  • Mengkaji dan menilai sama ada projek yang akan dilaksanakan berdayamaju atau sebaliknya.
  • Meyakinkan pihak-pihak tertentu terhadap idea-idea perniagaan dan sebagai asas bagi cadangan pembiayaan.
  • Mengagihkan sumber-sumber yang terhad dengan lebik baik.

Pengumpulan Maklumat Penyediaan

  • Rekod dan data dalaman sesebuah perniagaan
    Statistik
  • Data ekonomi
  • Data perdagangan
  • Penyelidikan pasaran

Kandungan (RP)

  1. Jadual Kandungan
  2. Ringkasan eksekutif RP/sinopsis RP
  3. Pengenalan
  4. Tujuan Penyediaan RP
  5. Latar belakang perniagaan/syarikat
  6. Latar belakang pemilik
  7. Rancangan organisasi/pengurusan
  8. Rancangan pemasaran
  9. Rancangan pengeluaran/operasi
  10. Rancangan kewangan
  11. Jadual pelaksanaan projek
  12. Rumusan

Penyediaan (RP)


1. Pengenalan


Nama Syarikat
Jenis Perniagaan yang diceburi
barangan/perkhidmatan yang ditawarkan
lokasi premis
tarikh perniagaan dimulakan
latar belakang industri dan tren pasaran
Senario masa hadapan


2. Tujuan Penyediaan RP


Nyatakan sama ada:
memohon pembiayaan kewangan dari pihak-pihak tertentu
merancang pelaksanaan projek baru
untuk dijadikan garis panduan dalam menguruskan perniagaan
atau lain-lain tujuan


3. Latar Belakang Perniagaan/Syarikat


Nama perniagaan
Alamat, No. Telefon
Bentuk perniagaan
Kegiatan utama
Tarikh mula/hendak memulakan perniagaan
No. Pendaftaran Perniagaan
Modal permulaan, modal dibenar
Nama dan alamat pemegang saham
Nama bank (jika ada)
No. Akaun Perniagaan(jika ada)


4. Latar Belakang Pemilik/Ahli Kongsi/Pemegang Saham


Nama, alamat, no. telefon
Kelulusan akademik
Pengalaman/kemahiran


5. Rancangan Organisasi/Pengurusan


Matlamat dan strategi syarikat
Struktur/carta syarikat
Senarai kakitangan pengurusan
Senarai perjawatan
tanggungjawab setiap jawatan
imbuhan/gaji bagi setiap jawatan


6. Rancangan Pemasaran


Analisis Pasaran
untuk membuat ramalan jualan yang baik, maka perlu buat analisis keatas pelanggan, pasaran dan barangan/ perkhidmatan.
mengkaji arah aliran pasaran dalam industri bagi perniagaan yang dijalankan.
mengukur saiz pasaran iaitu jumlah potensi pasaran dalam sesuatu kawasan dalam jangkamasa tertentu (eg. setahun).
Barangan/Perkhidmatan - ciri-ciri serta kelebihan yang dimilikinya serta faedah-faedahnya.
Mengenalpasti pelanggan/pengguna barangan atau perkhidmatan tersebut.
Persaingan bagi barangan/perkhidmatan tersebut.
Ramalan Jualan
syer pasaran bagi barangan/perkhidmatan.
Strategi Pemasaran
Strategi pemasaran secara keseluruhan
bagaimana syarikat akan menghadapi persaingan
kelebihan perniagaan jika dibandingkan dengan pesaing dari segi, kualiti, harga, lokasi, imej dan sebagainya
Strategi barangan
faktor-faktor yang boleh menarik pelanggan
Strategi harga
penentuan harga
tawaran harga dan sebagainya.
Strategi Pengedaran
cara pengedaran dibuat
kos-kos yang terlibat
rancangan jangka pendek dan jangka panjang jualan tersebut
Strategi promosi
teknik-teknik promosi yang akan dijalankan
Belanjawan pemasaran


7. Rancangan Pengeluaran/Operasi


Barangan/perkhidmatan yang dikeluarkan termasuk kuantitinya.
Proses pengeluaran (jika bidang pembuatan)
Keupayaan pengeluaran
Rancangan pengeluaran
jumlah pengeluaran
keupayaan maksimum
penyimpanan stok
Senarai bahan mentah (jika ada)
Senarai buruh/pekerja terlibat dalam pengeluaran/perkhidmatan
Pengendalian mesin/peralatan


8. Rancangan Kewangan


Bahagian ini bertujuan untuk mempastikan sejauh mana kebenaran andaian-andaian yang dibuat berkaitan dengan pasaran, jualan dan kos-kos yang terlibat. Ramalan/andaian yang dibuat perlu realistik supaya ia boleh digunakan untuk penilaian dayamaju projek dan juga sebagai alat kawalan belanjawan.
Bahagian ini merangkumi :
Kos pelaksanaan projek
Sumber pembiayaan
modal sendiri
pinjaman bank
sewa beli
lain-lain
Proforma aliran tunai - bulanan dan tahunan (3 - 5 tahun)
Proforma Penyata Pendapatan - tahunan (3 - 5 tahun)
Analisis Titik Pulang Modal


9. Jadual Pelaksanaan ProjekUntuk menunjukkan peringkat-peringkat pelaksanaan sesuatu projek.


10. Rumusan/JustifikasiMemberi alasan kukuh bagi meyakinkan pihak-pihak tertentu tentang dayamaju projek/perniagaan tersebut.

Monday, June 9, 2008

Pengenalan PID Bukit Kayu Hitam



Bangunan PID Bukit Kayu Hitam bersebelahan Pejabat Pos Bukit Kayu Hitam

Kelab Usahawan Sosial PID Bukit Kayu Hitam adalah sebuah kelab menjalankan aktiviti keusahawanan komersil dan sosial dengan kelolaan dan sokongan Pusat Internet Desa. Ianya adalah sebuah kelab yang mengumpulkan usahawan-usahawan yang berkecimpung dalam pelbagai jenis perniagaan dalam menjalankan aktiviti berkaitan keusahawanan dalam memajukan lagi bidang perniagaan. Disamping itu ia juga sebuah kelab yang akan mewujudkan suasana keusahawanan yang baik antara usahawan menerusi pertukaran idea dan pengalaman dalam percambahan ilmu keusahawanan dalam membantu sesama sendiri.


Objektif Kelab Usahawan Sosial

  • Meluaskan jangkauan perkhidmatan PID kepada masyarakat setempat seterusnya memperkasakan masyarakat untuk melakukan aktiviti yang memberi impak positif kepada sosial, ekonomi dan alam sekitar mereka;
  • Untuk membantu masyarakat memahami konsep keusahawanan sosial;
  • Sebagai platform untuk berkongsi pengalaman dan pengetahuan berkaitan keusahawanan sosial;
  • Untuk melahirkan usahawan-usahawan baru termasuk usahawan sosial.

Kumpulan Sasaran

Kumpulan sasaran yang dikenalpasti untuk menjadi ahli kelab terdiri
daripada:
  • Pengguna PID;
  • Usahawan sedia ada;
  • Sesiapa yang berminat menjadi usahawan komersil dan usahawan sosial;
  • Ahli-ahli dari badan-badan sukarelawan.


Faedah – faedah Ahli Kelab Usahawan Sosial

  • Mendapat pengetahuan dan kemahiran untuk menjadi usahawan komersil atau usahawan sosial yang berjaya melalui pelbagai aktiviti seperti latihan, diskusi, pembangunan dan perlaksanaan rancangan perniagaan, rangkaian kerjasama dan aktiviti pengumpulan dana;
  • Menjadi sebahagian dari ahli rangkaian kerjasama kelab usahawan dari 40 PID seluruh Malaysia;
  • Diskaun ke atas penggunaan kemudahan serta perkhidmatan di PID seperti faks dan percetakan;
  • Keahlian PID secara percuma.

Monday, January 21, 2008

Selamat Datang

Selamat Datang ke laman blog razibakarblog. Terima kasih kerana sudi berkunjung disini. Blog ini diwujudkan bagi berkongsi pelbagai perkara yang aku fikirkan perlu dikongsi bersama. Semoga kalian beroleh manfaat dari blog aku yang tak seberapa ni. Nama aku Razi Bakar, berkhidmat sebagai Pengurus di Pusat Internet Desa Bukit Kayu Hitam sejak dari 3 November 2003 lagi iaitu sejak dari awak lagi penubuhan PID. Masa tu PID ni dibawah Kementerian Tenaga, Komunikasi & Multimedia (KTKM), kemudian ditujar ke Kementerian Tenaga, Air & komunikasi (KTAK). Aku adalah lulusan Ijazah Sarjana Muda Ekonomi dengan Kepujian dari UUM dari tahun 1999 hingga 2003. Telah menerima Ijazah pada 13 September 2003. Maknanya habis ja belajar kat UUM tu aku terus dapat kerja kat PID Bukit kayu Hitam ni la. Tugas utama aku di PID adalah memberi latihan ICT dengan mengadakan kelas/kursus komputer kepada komuniti berhampiran PID dengan misi merapatkan jurang digital.



Autoshow Alor Setar