Thursday, September 17, 2009

Thursday, September 10, 2009

PID Entrepreneurs Fair 2009


Karnival Keusahawanan PID atau PID Entrepreneurship Fair adalah sebuah program keusahawanan yang telah dilancarkan pada tahun 2008. lanya melibatkan penyertaan aktif warga PID dan komuniti setempat dalam melaksanakan pelbagai aktiviti bertemakan keusahawanan.

Selaras dengan aspirasi mewujudkan usahawan global, PID Entrepreneurship Fair'09 tahun ini akan mengambil pendekatan yang berbeza. Jika pada tahun pertama, warga PID hanya terlibat dalam perlaksanaan aktiviti keusahawanan, tahun kedua ini akan memperlihatkan keupayaan warga PID dalam merangka, mentadbir sekaligus melaksanakan aktiviti-aktiviti keusahawanan.

Matlamat utama program ini adalah untuk melahirkan para usahawan baru di kalangan komuniti luar bandar dan memupuk minda keusahawanan yang bukan sahaja dapat mewujudkan komuniti yang berdaya saing malah dapat menzahir dan membantu melaksanakan agenda negara untuk melahirkan rakyat Malaysia yang inovatif dan berwawasan.



PID New Entrepreneurship Awards 2009

  • Terbuka kepada semua ahli Kelab Usahawan Sosial di Malaysia
  • Pencalonan Bermula 9 September 2009 hingga 2 November 2009
  • Calon wajib membina blog sebagai asas penilaian.
  • Blog perlu mengandungi Latar belakang calun/usahawan, Latar belakang perniagaan, no daftar perniagaan serta aktiviti perniagaan yang dijalankan.
  • Tiga calon terbaik akan menerima anugerah yang akan disampaikan sem asa Minggu Keusahawanan Global (GEW) pada 16-22 November 2009

PID Digital Story Telling Awards 2009

  • Terbuka kepada semua pengguna PID seluruh Malaysia
  • Pertandingn bermula 9 september 2009 hingga 2 November 2009
  • Setiap DST perlu dihantar menggunakan CD
  • Penilaian berasaskan menepati tema/asli, kreativiti penceritaan, penerapan konsep/nilai satu malaysia dan elemen menarik lain.
Hadiah pertama : Barangan elektronik bernilai RM3000 & sijil
Hadiah kedua : Barangan elektronik bernilai RM1500 & sijil
Hadiah ketiga : Barangan elektronik bernilai RM750 & sijil
7 hadiah saguhati bernilai RM200 & sijil

Borang penyertaan DST '09 di sini.Borang DST




Autoshow Alor Setar