Showing posts with label GEW. Show all posts
Showing posts with label GEW. Show all posts

Sunday, November 15, 2009

GEW09 - Bengkel Blog

Bengkel keempat adalah Bengkel Blog yang telah diadakan pada 14 November 2009 dari jam 9.00 pagi hingga 12.00 tengah hari. Bengkel ini telah disampaikan oleh En Muhammad Khairul Munawwar b Ismail yang didatangkan dari Pusat Komuniti ITU-UUM. Seramai 7 orang peserta telah hadir untuk mengikuti bengkel ini.











GEW09 - Bengkel Portal PID

Bengkel ketiga dijalankan pada 12 November 2009 khusus untuk mempelajari penggunaan Portal PID. Bengkel ini dijalankan dari jam 9.00 pagi hingga 11.00 pagi yang telah disertai oleh enam orang peserta.






GEW09 - Bengkel Flickr

Bengkel Kedua adalah Bengkel Flickr yang turut diadakan pada 11 November 2009 dari jam 11.00 pagi hingga 1.00 tgh.






GEW09 - Bengkel Facebook

Sempena Minggu Keusahawanan Global 2009, PID Bukit Kayu Hitam turut serta dengan mengadakan beberapa program antaranya pada 11 November 2009 telah diadakan Bengkel Facebook. Bengkel pertama dimulakan dengan Bengkel Facebook dari 9.00 pagi hingga jam 11.00 pagi. Bengkel ini telah disertaoleh seramai enam orang peserta.






Monday, November 2, 2009

Global Entrepreneurship Week 2009

PID Bukit Kayu Hitam akan turut serta mengenjurkan beberapa aktiviti sempena Minggu Keusahawanan Global (GEW2009)


Tarikh : 11-22 November 2009


Tempat : PID Bukit Kayu Hitam


Antara aktiviti yang bakal diadakan sila klik pada gambar;




Berminat untuk sertai sila hubungi kami terus di PID Bukit kayu Hitam atau tel 04-9222003

Thursday, September 10, 2009

PID Entrepreneurs Fair 2009


Karnival Keusahawanan PID atau PID Entrepreneurship Fair adalah sebuah program keusahawanan yang telah dilancarkan pada tahun 2008. lanya melibatkan penyertaan aktif warga PID dan komuniti setempat dalam melaksanakan pelbagai aktiviti bertemakan keusahawanan.

Selaras dengan aspirasi mewujudkan usahawan global, PID Entrepreneurship Fair'09 tahun ini akan mengambil pendekatan yang berbeza. Jika pada tahun pertama, warga PID hanya terlibat dalam perlaksanaan aktiviti keusahawanan, tahun kedua ini akan memperlihatkan keupayaan warga PID dalam merangka, mentadbir sekaligus melaksanakan aktiviti-aktiviti keusahawanan.

Matlamat utama program ini adalah untuk melahirkan para usahawan baru di kalangan komuniti luar bandar dan memupuk minda keusahawanan yang bukan sahaja dapat mewujudkan komuniti yang berdaya saing malah dapat menzahir dan membantu melaksanakan agenda negara untuk melahirkan rakyat Malaysia yang inovatif dan berwawasan.



PID New Entrepreneurship Awards 2009

  • Terbuka kepada semua ahli Kelab Usahawan Sosial di Malaysia
  • Pencalonan Bermula 9 September 2009 hingga 2 November 2009
  • Calon wajib membina blog sebagai asas penilaian.
  • Blog perlu mengandungi Latar belakang calun/usahawan, Latar belakang perniagaan, no daftar perniagaan serta aktiviti perniagaan yang dijalankan.
  • Tiga calon terbaik akan menerima anugerah yang akan disampaikan sem asa Minggu Keusahawanan Global (GEW) pada 16-22 November 2009

PID Digital Story Telling Awards 2009

  • Terbuka kepada semua pengguna PID seluruh Malaysia
  • Pertandingn bermula 9 september 2009 hingga 2 November 2009
  • Setiap DST perlu dihantar menggunakan CD
  • Penilaian berasaskan menepati tema/asli, kreativiti penceritaan, penerapan konsep/nilai satu malaysia dan elemen menarik lain.
Hadiah pertama : Barangan elektronik bernilai RM3000 & sijil
Hadiah kedua : Barangan elektronik bernilai RM1500 & sijil
Hadiah ketiga : Barangan elektronik bernilai RM750 & sijil
7 hadiah saguhati bernilai RM200 & sijil

Borang penyertaan DST '09 di sini.Borang DST




Thursday, November 20, 2008

GEW : Program Perkongsian Pengalaman

Tanaman Cili Secara Fertigasi


Pada Khamis 20 November 2008, telah diadakan Program Perkongsian Pengalaman Usahawan di PID Bukit Kayu Hitam. Dalam program ini peserta telah didedahkan berkenaan teknik pertanian iaitu tanaman Cili secara Fertigasi. Program ini telah dikendalikan oleh Mohd Ashraf bin Hj. Shuib selaku Pengarah Urusan Abiagro dari Kangar Perlis.


En Mohd Ashraf bin Hj. Shuib selaku Pengarah Urusan Abiagro



En Mohd Ashraf sedang menyampaikan penerangan beliau mengenai kaedah Fertigasi kepada peserta yang hadir.

Antara peserta yang hadir mendengar penerangan dari En Ashraf mengenai teknik Fertigasi

Latar Belakang En. Mohd Ashraf bin Hj. Shuib

Beliau adalah seorang yang terlalu meminati bidang perniagaan. Perniagaan yang sedang beliau miliki adalah Abi Agro (RA0010770-X) dan beberapa perniagaan online. Perniagaan yang telah direalisasikan adalah perniagaan tani, menggunakan teknologi moden dalam pertanian ( fertigasi dan anak pisang tisu kultur ), selaras dengan hasrat dan harapan negara ke arah negara yang maju dalam pertanian. Beliau berasa puas sekiranya dapat membantu lebih ramai menceburi bidang perniagaan, pertanian, penternakan dan perikanan. Lawati laman web beliau di http://mohdashraf.com untuk mengenali Mohd Ashraf dengan lebih dekat.

Bagi yang berminat mempelajari kaedah pertanian secara fertigasi boleh melawat laman web http://abiagro.com.my yang turut menjual set mini fertigasi.

Tuesday, November 18, 2008

GEW: Bengkel Asas Membina Blog

Pada 18 November 2008 telah dijalankan program bengkel asas membina blog di PID Bukit Kayu Hitam yang disertai seramai 6 orang peserta yang terdiri dari seoarang wanita dan 5 orang lelaki. Bengkel dijalankan sempena Minggu Keusahawanan Sedunia dimana tujuan bengkel ini diadakan adalah bagi memberi pendedahan kepada peserta bagaimana blog boleh gigunakan sebagai sumber pendapatan sampingan. Bengkel telah dikelolakan oleh Penyelia PID sendiri sebagai penceramah. Bengkel bermula jam 9.00 pagi dan tamat jam 12 tengah hari.




























Monday, November 10, 2008

GLobal Entrepreneurship Week (17 - 23 Nov '08)

Muat turun Kalendar Aturcara Di Seluruh Malaysia Di Sini

Minggu Keusahawanan Global / Global Entrepreneurship Week


Global Entrepreneurship Week merupakan sambutan keusahawanan di peringkat global yang julung kalinya diadakan. Pada 17-23 November, jutaan belia seluruh dunia akan menyertai satu pergerakan usahawan dan bakal menonjolkan ide-ide mereka untuk menghasilkan keuntungan sambil menangani masalah-masalah sosial. Ribuan aktiviti sedang dirancang di lebih dari 75 negara dengan tujuan untuk menggalakkan golongan muda untuk berfikiran luas, menukar ide menjadi kenyataan dan meninggalkan kesan.


Minggu Keusahawanan Global diasaskan oleh Yayasan Ewing Marion Kauffman di Amerika Syarikat (http://www.kauffman.org/) bersama-sama dengan penganjur Kempen ’Make Your Mark’ dari United Kingdom (http://www.makeyourmark.org.uk/). Penaja acara ini diperingkat global adalah syarikat Ernst & Young, IBM dan Bursa Saham New York – Euronext. GEW juga disokong oleh UK Department for Business, Enterprise and Regulatory Reform , JA Worldwide, Endeavor, Entrepreneurs’ Organisation, DECA, YPO-WPO, AIESEC, National Foundation for Teaching Entrepreneurship, Young Americas Business Trust, YES – European Confederation of Young Entrepreneurs.

Minggu Keusahawanan Global ini juga memperlihatkan satu konsep baru di dalam penganjuran acara. Aktiviti-aktiviti GEW tidak dilakukan setempat oleh satu badan penganjur sahaja. Warisan Global sebagai hos hanya bertindak sebagai pemangkin dan penyelaras aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan sendiri oleh rakan-rakan kerjasama di lokasi yang mereka tentukan. Semua aktiviti yang dirancang didaftarkan di laman web rasmi GEW http://www.unleashingideas.org/ untuk dikongsi dengan masyarakat dunia. Secara otomatik, organisasi yang menjadi rakan kerjasama GEW Malaysia diketengahkan ke peringkat global.


Dalam merancakkan lagi Minggu Keusahawanan Global, Pusat Internet Desa Bukit Kayu Hitam juga tidak terkecuali dalam menganjurkan aktiviti berasaskan ICT dalam penerapan bidang keusahawanan. Pelbagai aktiviti akan dilaksanakan pada minggu tersebut. Perlaksaan aktiviti ini di PID Bukit Kayu Hitam adalah menerusi sebuah kelab yang dibentuk iaitu Kelab Usahawan Sosial PID Bukit Kayu Hitam yang merupakan kelab yang menjalankan aktiviti keusahawanan sosial dengan sokongan Pusat Internet Desa. Ianya adalah sebuah kelab yang mengumpulkan usahawan-usahawan yang berkecimpung dalam perlbagai jenis perniagaan dalam menjalankan aktiviti berkaitan keusahawanan dalam memajukan lagi bidang perniagaan. Disamping itu ia juga sebuah kelab yang akan mewujudkan suasana keusahawanan yang baik antara usahawan menerusi pertukaran idea dan pengalaman dalam percambahan ilmu keusahawanan dalam membantu sesama sendiri.

Autoshow Alor Setar