Sunday, December 26, 2010

Projek Cetakan : T-Shirt

Design T-Shirt Untuk Program Karnival U&I Yan 2010, aku design sendiri t-shirt untuk program ni.



Pandangan Depan



Pandangan Belakang

Tuesday, December 14, 2010

Karnival Silaturahim & Ekspo Perdagangan

Tarikh : 9 - 12 Disember 2010
Tempat : Dewan Wawasan Jitra, Kedah
Anjuran : Pasaraya Pendang Sdn Bhd

Saturday, December 4, 2010

Dalam Kenagan Bengkel ICT & Multimedia

Pada 30 November 2010 telah diadakan satu Bengkel ICT & Multimedia edisi khas dengan kerjasama Rukun Tetangga Yan dan SK Langkasuka Yan Kedah. Bengkel ini telah disertai seramai 40 orang peserta yang terdiri dari kalangan guru dan ahli rukan tetangga daerah Yan. Antara modul adalah photoscape, facebook dan blog. Bengkel ini telah dikendalikan oleh En. Hamizam Sahimi Pengurus PID Yan bersama Cik Siti Fatimah bt Ayob, Pengurus PID Kuala Nerang, En. Muhamad Razi bin Bakar, Pengurus PID Bukit Kayu Hitam dan Puan Siti Rahmah bt Samsudin Penolong Pengurus PID Yan.




Friday, November 26, 2010

Dalam Kenangan Menyertai Pameran di Karnival Usahawan & ICT ITU-UUM

Pada 24 & 25 November 2010 Pusat Internet Desa telah mengadakan pameran berkenaan PID di Kampung Tradisi Changlun, sempena Karnival Usahawan & ICT anjuran Pusat Komuniti ITU-UUM dan Pusat Komuniti Jalur Lebar (PJK). Antara PID yang turut serta adalah PID Bukit Kayu Hitam, PID Simpang Empat Perlis, PID Yan, PID Kuala Nerang dan PID Kupang.

Program ini telah dirasmikan oleh En. Zulfitri bin Yaacob selaku Pengawai Khas kepada YB Dato' Wira Mohd Johari bin Baharum Ahli Parlimen Kubang Pasu. Antara aktiviti yang diadakan adalah Bengkel Usahawan, Forum Perdana, Pertunukan Autoshow, Wayang Kulit , Pertandingan Mewarna dan banyak lagi.








Wednesday, October 20, 2010

Projek Cetakan : Baju Korporat PID



Design untuk baju PID Zon Utara

Dalam Kenangan Bengkel Multimedia Kreatif Sesi 3

Bengkel Multimedia Kreatif
Karnival Usahawan & ICT 2010 PID Zon Utara



Hari Pertama
Tarikh : 18 Oktober 2010
Tempat : Makmal Komputer SMK Dato' Syed Ahmad Kuala Nerang Kedah
Peserta : 41 orang dikalangan pelajar dan Guru

Bengkel Multimedia Kreatif PID Zon Utara untuk hari pertama sesi ketigatela h berjaya diadakan dengan penyertaan peserta yang amat menggalakkan dimana jumlah peserta yang hadir adalah seramai 41 orang. Peserta terdiri dari kalangan pelajar dan guru sekoleh berkenaan. Peserta dilihat berminat dengan memperlihatkan kesungguhan semasa bengkel dijalankan.







Bagi hari pertama antara modul yang telah dipelajari adalah modul photoscape iaitu bagaimana mengubahsuai serta menambah kesan ke dalam gambar yang telah diketuai oleh Cik Siti Fatimah Ayob selaku Ketua Jurulatih. Seterusnya peserta diajar menggunakan audasity iaitu bagaimana membuat rakaman suara dan memasukkan audio. Slot ini telah diajar oleh En Shahiran Mohamad Ali, Penolong Pengurus PID Kupang. Bagi slot petang pula peserta telah dilatih menggunakan modul photostory iaitu teknik menghasilkan video dengan gabungan gambar dan audio. Akhir sekali peserta diagihkan kepada kumpulan untuk menyediakan satu tugasan sebelum sesi hari pertama ditamatkan.


Hari Kedua
Tarikh : 18 Oktober 2010

Tempat : Makmal Komputer SMK Dato' Syed Ahmad Kuala Nerang Kedah
Peserta : 41 orang dikalangan pelajar dan Guru

Hari kedua bersambung dengan bengkel membina blog yang disampaikan oleh Puan Rahimawati dari PID Simpang Empat. Selesai membina blog akhir sekali peserta diuji menerusi aktiviti berkumpulan iaitu pertandingan Iron ICT yang merangkumi 5K iaitu Kepintaran, Kerjasama, Kecekapan, Kreativiti, Kepantasan dan Kerjasama. Permainan ini bertujuan menguji pemahaman peserta sepanjang mengikuti bengkel. Ini kerana setiap soalan yang diberikan adalah berdasarkan apa yang telah dipelajari oleh mereka sepanjang bengkel.




Monday, October 11, 2010

Dalam Kenangan Bengkel Multimedia Sesi 2

Bengkel Multimedia Kreatif
Karnival Usahawan & ICT 2010 PID Zon Utara


Hari Pertama 8 Oktober 2010

Dewan KEMAS Kg Lalang Baling Kedah.


Bengkel Multimedia Kreatif PID Zon Utara untuk hari pertama sesi kedua telah berjaya diadakan dengan penyertaan peserta yang amat menggalakkan dimana jumlah peserta yang hadir adalah seramai 36 orang. Rata-rata peserta terdiri daripada usahawan, guru, kakitangan KEMAS, pelajar dan belia. Peserta dilihat berminat dengan memperlihatkan kesungguhan semasa bengkel dijalankan.







Bagi hari pertama antara modul yang telah dipelajari adalah modul photoscape iaitu bagaimana mengubahsuai serta menambah kesan ke dalam gambar yang telah diketuai oleh Cik Siti Fatimah Ayob selaku Ketua Jurulatih. Seterusnya peserta diajar menggunakan audasity iaitu bagaimana membuat rakaman suara dan memasukkan audio. Slot ini telah diajar oleh En Shahiran Mohamad Ali, Penolong Pengurus PID Kupang. Bagi slot petang pula peserta telah dilatih menggunakan modul photostory iaitu teknik menghasilkan video dengan gabungan gambar dan audio. Sesi terakhir hari pertama diteruskan dengan sesi keusahawanan yang disampaian oleh Puan Siti Huraizah Abd Rahman, Pengurus PID Balik Pulau. Akhir sekali peserta diagihkan kepada kumpulan untuk menyediakan satu tugasan sebelum sesi hari pertama ditamatkan. Hasil perbincangan berkumpulan akan dipersembahkan pada perjumpaan hari kedua.

Hari Kedua 9 Oktober 2010

Dewan KEMAS Kg Lalang Baling Kedah.



Bengkel hari kedua sesi kedua bersambung dengan sesi pembentangan hasil kerja berkumpulan. Setiap kumpulan telah membentangkan hasil perbincangan masing-masing dengan persembahan yang menarik. Setiap aktiviti berkumpulan dinilai dan diberi markah bagi menentukan pemenang. Selesai sesi pembentangan sesi seterusnya adalah sesi membina DST. Bagi menjimatkan masa sesi DST telah dijalankan secara berkumpulan dimana setiap kumpulan menghasilkan sebuah DST hasil dari persmbahan awal tadi. Dalam sesi petang pula dimulakan dengan persembahan DST yang telah dihasilkan oleh peserta. Seterusnya sesi disambung dengan bengkel membina Blog yang telah diselia oleh Puan Siti Rahmah Samsuden, Penolong Pengurus PID Yan. Selesai membina blog akhir sekali peserta diuji menerusi aktiviti berkumpulan iaitu pertandingan e-explorace. Permainan ini bertujuan menguji pemahaman peserta sepanjang mengikuti bengkel. Ini kerana setiap soalan yang diberikan adalah berdasarkan apa yang telah dipelajari oleh mereka sepanjang bengkel.


Monday, September 20, 2010

eBiz- Pendrive Transcend 2G

Stok Terhad



Specifications;
Size : 60mm x 16.5mm x 8.1mm (LxWxH)
Weight : 7g
Certificate: CE, FCC, BSMI

Fully compatible with Hi-Speed USB 2.0 Easy Plug and Play operation. Store,
Share and Carry your data.

Harga: RM 20
Pos Ekpress : Percuma


Sunday, September 5, 2010

Bengkel Multimedia Kreatif

Bengkel Multimedia Kreatif
Karnival Usahawan & ICT 2010 PID Zon Utara

Hari Pertama
3 September 2010
Makmal Sekolah Kebangsaan Langkasuka, Yan Kedah.

Bengkel Multimedia Kreatif PID Zon Utara untuk hari pertama sesi pertama telah berjaya diadakan dengan penyertaan peserta yang amat menggalakkan dimana jumlah peserta yang hadir adalah seramai 39 orang daripada 44 orang yang mendaftar awal. Pun begitu hakikat sebenar peserta yang ingin mengikuti bengkel ini jauh laebih ramai dimana seramai lebih 30 orang peserta lagi terpaksa ditolak bagi mengikuti bengkel pertama ini kerana telah melebihi kapasiti yang disediakan iaitu untuk 40 orang peserta sahaja. Memandangkan adanya permintaan untuk mereka yang tidak dapat hadir untuk sesi ini, pihak penganjur akan sekali lagi mengadakan bengkel ini untuk sesi yang kedua kelak.

Sesi Pendaftaran
Barisan Fasilitator

Kesibukan persiapan menyambut hari raya Aidilfitri tidak sedikit pun mengganggu perjalanan bengkel ini kerana peserta yang hadir memperlihatkan minat dan kesungguhan yang tinggi untuk mendalami ilmu yang diajarkan apatah lagi peluang yang diberikan ini adalah percuma dan sukar diperolehi pada masa lain. Kebanyakan peserta yang hadir adalah terdiri dari kalangan pelajar, guru, lepasan sekolah, belia, wanita, usahawan dan petani. Kepelbagaian peserta ini telah memberi satu semangat kepada jurulatih serta fasilitator yang terdiri dari Pengurus dan Penolong Pengurus PID Zon Utara untuk memberi tunjuk ajar yang terbaik kepada peserta. Ia diketuai oleh Cik Siti Fatimah binti Ayob, Pengurus PID Kuala Nerang dengan dibantu Encik Shahiran bin Mohamad Ali, Penolong Pengurus PID Kupang serta beberapa fasilitator terdiri dari En.
Muhamad Razi bin Bakar, Pengurus PID Bukit Kayu Hitam, En. Hamizam bin Sahimi, Pengurus PID Yan, En. Mohd Faizan bin Mahmood, Pengurus PID Kupang, Puan Siti Huraizah binti Abdul Rahman, Pengurus PID Balik Pulau, Rozita binti Othman, Pengurus PID Tasik Gelugor, Puan Siti Rahmah binti Samsuden, Penolong Pengurus PID Yan, Puan Hanni Najwa binti Halim, Penolong Pengurus PID Tasik Gelugor dan Sarina binti Ishak, Penolong Pengurus PID Balik Pulau.

VIP yang Had
Ucapan Aluan Guru Besar
Ucapan Perasmian oleh DO
Penyampaian Cenderahati

Bengkel Multimedia Kreatif ini telah dirasmikan oleh Encik A. Rahman Zainol, Pegawai Daerah Yan. Turut hadir adalah Tuan Haji Pamim bin Paieman, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Langkasuka, En Mohd Shukri, Penghulu Mukim Yan Merangkap Pengerusi PID Yan dan En Faidhan wakil dari MSC Malaysia. Turut hadir adalah En Andi Suswandi dari MSC Malaysia yang hadir membuat pemantauan semasa bengkel berlangsung.

Sesi Latihan
Nyanyian Negaraku
Taklimat Bengkel

Bagi hari pertama antara modul yang telah dipelajari adalah membina blog dimana setiap peserta diberi tunjuk ajar untuk membina blog masing-masing. Selesai modul blog mereka diajar pula modul audacity iaitu latihan bagi membuat rekod audio dan muzik. Seterusnya peserta mengikuti pula modul photoscape iaitu latihan mengubahsuai gambar. Bengkel hari pertama telah berjaya diselesaikan pada jam 5.00 petang yang bermula dari jam 9.00 pagi lagi.

Peserta Bengkel
Paan turut membantu
Rakaman Suara
Membantu Peserta
Penerangan Fasi
Bersama En Andi dari MSC






























Hari Kedua
4 September 2010
Makmal Sekolah Kebangsaan Langkasuka, Yan Kedah.

Bagi hari kedua pula sesi bengkel diteruskan dengan modul membina DST. Para peserta dipecahkan kepada 5 kumpulan kecil dan diminta menghasilkan sebuah jalan cerita didalam kertas dan seterusnya membentangkan hasil kerja mereka. Para peserta memperlihatkan kesungguhan dengan memberikan kerjasama yang baik dalam kumpulan masing-masing dalam menghasilkan tugasan yang diberikan.



Menyediakan tugasan
Menghasilkan jalan Cerita



















Kehadiran peserta pada hari kedua juga amat menggalakkan dimana hanya seorang sahaja peserta yang tidak dapat hadir kerana terpaksa menguruskan perniagaannya memandangkan hari raya hampir tiba. Jumlah peserta yang hadir adalah seramai 38 orang.


Setelah selesai membentangkan hasil kerja kumpulan mengenai DST, para peserta diajar pulang menggunakan photostory iaitu bagaimana menghasilkan persembahan digital dengan menggabungkan gambar yang telah disunting menerusi modul sebelum ini dan memasukkan muzik latar. Setiap peserta dilihat dapat menghasilkan persembahan masing-masing dan beberapa peserta telah mempersembahkan hasil kerja masing-masing.

Sesi hari kedua turut dihadiri oleh En. Khairilbasyar bin Roslan, wakil dari Kementerian, Penerangan, Komunikasi & Kebudayaan bagi melihat sendiri perjalanan program.

Sesi petang pula diteruskan dengan aktiviti berkumpulan iaitu pertandingan explorace. Permainan ini bertujuan menguji pemahaman peserta sepanjang mengikuti bengkel. Ini kerana setiap soalan yang diberikan adalah berdasarkan apa yang telah dipelajari oleh mereka sepanjang bengkel.

Autoshow Alor Setar