Monday, June 21, 2010

KKS - Ekspo Sinar Rakyat



Pusat Internet Desa Bukit Kayu Hitam, dibawah Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan telah diberi tanggungjawab bagi melaksanakan Karnival Keusahawanan Sosial PID 2010. Mini Ekspo Karnival yang dikenali sebagai Ekspo Sinar Rakyat akan diadakan di tapak Letak Kereta berhadapan Kompleks Changlun. Pemilihan tapak ini adalah kerana kesesuaian serta lokasinya yang menjadi tumpuan umum.

Karnival Keusahawanan Sosial 2010 berlangsung selama sebulan iaitu dari 16 Jun 2010 hingga 18 Julai 2010 dengan mengetengahkan tiga (3) aktiviti khusus iaitu Bengkel Portal PID, e-Karnival dan Mini Ekspo jualan dan pameran usahawan. Bengkel Portal PID bertujuan melatih komuniti dalam penggunaan kemudahan portal yang telah disediakan secara percuma seperti memiliki e-kedai bagi mempromosikan produk dan perkhidmatan untuk semua usahawan secara percuma. E-Karnival adalah aktiviti jual beli secara dalam talian dengan setiap usahawan akan mengetengahkan produk secara online menerusi blog, laman web dan sebagainya. Seterusnya Mini Ekspo Karnival pula akan memberi peluang kepada usahawan dalam mempromosi produk dalam usaha merangsang pembangunan ekonomi dan sosial komuniti setempat terutama usahawan bumiputera.

Hampir 30 booth pameran akan disediakan untuk usahawan serta agensi kerajaan dalam menjayakan program ini. Ekspo jualan usahawan akan berlangsung dari 1 hingga 20 Julai 2010, sementera pameran agensi kerajaan pula akan diadakan pada 16 hingga 18 Julai 2010. Majlis Perasmian pula dijangka pada 18 Julai 2010. Pelbagai aktiviti menarik akan diadakan seperti forum agama, persembahan kesenian, wayang kulit, sukaneka, mewarna dan lain-lain yang akan memeriahkan lagi ekspo.

Sila hubungi PID Bukit Kayu Hitam di talian 04-9222003 atau terus kepada Pengurus PID (En Razi) 012-5210672.

No comments:

Post a Comment

Autoshow Alor Setar