Saturday, February 20, 2010

Tshirt

Tshirt Printing




Sila email ke giezd@yahoo.com untuk pertanyaan sebut harga

Tuesday, February 9, 2010

UPDATE: Karnival Usahawan & ICT




Berita dari blog Karnival Usahawan & ICT

Cyberjaya, 8 Februari 2009. Majlis penutup Karnival Usahawan & ICT 2009 yang telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Datuk Badlisham Ghazali, Ketua Pegawai Eksekutif, Perbadanan Pembangunan Multimedia (MDeC) menandakan satu lembaran baru kepada lebih banyak usaha konstruktif dalam merapatkan jurang digital dan mewujudkan kesedaran kepentingan teknologi maklumat dan komunikasi dalam pembangunan sosial dan ekonomi negara.

Jutaan tahniah diucapkan kepada pemenang Karnival Usahawan dan ICT diantaranya adalah :
Medan Infodesa (MID) Felda Jerangau, Terengganu yang telah diiktiraf sebagai Juara Pelaksana Terbaik Karnival Usahawan & ICT 2009 dan membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM5000, sijil dan hamper.
Naib johan disandang oleh Pusat Internet Desa,ITU-UUM Bukit Kayu Hitam, Kedah. Pasukan ini turut memenangi hadiah wang tunai bernilai RM3000, sijil dan hamper.
Tempat ketiga dimenangi oleh Pusat Internet Komuniti (P1) Chini Timur, Pahang dan membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM1500, sijil dan hamper.

Karnival ini bertujuan meningkatkan penggunaan aplikasi ICT dalam aktiviti harian komuniti luar bandar, menggalakkan perkhidmatan dan aplikasi kandungan tempatan serta melahirkan lebih ramai usahawan teknologi di kalangan masyarakat luar bandar.

Karnival Usahawan & ICT MSC Malaysia secara tidak langsung telah menjadi ejen penjana yang memfasiliti penyertaan komuniti dalam aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh telcenter. Pada masa yang sama rangkaian telecenter dan ketua-ketua tempatan juga telah menunjukkan komitmen tinggi dalam pelbagai kerjasama yang telah terbina sepanjang berlangsungnya keenam-enam karnival oleh kesemua pemenang.

Pada 8.2.2010 telah berlangsung majlis penyampaian hadiah bagi peserta penganjuran Karnival Usahawan & ICT bertempat di Cyberview Lodge Resort & Spa. Pada majlis tersebut keputusan pemenang telah diumumkan dimana PID Bukit Kayu Hitam dan Pusat Komuniti ITU-UUM telah berjaya mendapat tempat kedua dengan membawa pulang hadiah wang tunai RM3000.00, Sijil penyertaan dan hamper.


Keratan akbar Harian Metro online.

Bergambar bersama Puan Faudziah

Pemenang tempat Pertama Pertandingan dari MID Jerangau Terengganu

Bergambar bersama semua peserta

Persembahan kebudayaan

Saturday, February 6, 2010

Konsep Usahawan Sosial

Keusahawanan Sosial (Social Entrepreneurship) akhir-akhir ini menjadi semakin popular terutama selepas salah seorang tokohnya Dr. Muhammad Yunus, pengasas Grameen Bank di Bangladesh dianugerahi Nobel untuk perdamaian tahun 2006. Namun di Malaysia sendiri kegiatan ini masih belum mendapat perhatian yang menyeluruh daripada kerajaan dan para tokoh masyarakat kerana belum ada kejayaan yang menonjol secara nasional.

Sesungguhnya Social Entrepreneurship sudah dikenali ratusan tahun yang terdahulu antara lain oleh Florence Nightingale (pengasas sekolah jururawat pertama) dan Robert Owen (pengasas koperasi). Apakah Social Entrepreneurship sendiri berkembang sejak tahun 1980-an yang dimulakan oleh para tokoh-tokoh seperti Rosabeth Moss Kanter, Bill Drayton, Charles Leadbeater dan Profesor Daniel Bell daripada Universiti Harvard yang berjaya dalam kegiatan Social Entrepreneurship kerana sejak tahun 1980 berjaya membentuk 60 pertubuhan yang tersebar diseluruh dunia.

Apakah sederhana daripada Social Entrepreneur adalah seseorang yang memahami permasalahan sosial dan menggunakan kemampuan entrepreneurship untuk melakukan perubahan sosial (social change), terutamanya meliputi bidang kesejahteraan (welfare), pendidikan dan kesihatan (healthcare) . Jika business entrepreneurs mengukur keberkesanan prestasi kewangan (keuntungan ataupun pendapatan) maka social entrepreneur kejayaannya diukur dari manfaat yang dirasakan oleh masyarakat.

Bagi mendisiplinkan ilmu ekonomi perkataan entrepreneur merupakan darah daging sejak semester pertama sudah diperkenalkan dengan tokoh-tokohnya antara lain Richard Cantillon (1755), JB Say (1803) dan J. Schumpeter (1934). Cantillon menyatakan entrepreneur sebagai seseorang yang menguruskan syarikat atau usaha berdasarkan keupayaan dalam menghadapi risiko yang berkaitan (a person who undertakes and operates a new enterprise or venture and assumes some accountability for inherent risks);

JBSay memberikan pengertian entrepreneur sebagai seseorang yang mampu meningkatkan nilai sumber ekonomi ke tahap yang lebih tinggi, baik produktiviti mahupun nilainya (a person who creates value by shifting economic resources out of an area of lower and into an area of higher productivity and greater yield), sedangkan Schumpeter mentakrifkan "unternehmer" atau entrepreneur sebagai an innovative force for economic progress, important in the process of creative destruction and therefore as a change agent.

Dari berbagai pengertian tersebut maka Social Entrepreneur sesungguhnya adalah agen perubahan (change agent) yang mampu untuk :


  • Melaksanakan cita-cita mengubah dan memperbaiki nilai-nilai sosial
  • Mencari peluang untuk melakukan perubahan yang terus menerus
  • Sentiasa melibatkan diri dalam proses inovasi, adaptasi, pembelajaran yang dihadapinya
  • Bertindak tanpa menghiraukan hambatan atau keterbatasan
  • Memiliki akauntabiliti dalam mempertanggungjawabkan keputusan yang dicapainya kepada masyarakat

Seminar Pembangunan Perniagaan

Pada 6.2.2010 telah berlangsung seminar Pembangunan Perniagaan bertempat di Hotel Holiday Villa Alor Setar Kedah. PID Bukit Kayu Hitam turut menghantar penyertaan dimana telah diwakili oleh Pengurus dan Ahli KUS. Seminar adalah anjuran Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan bersama Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Kedah. Ia bermua dari jam 9.00 pagi hingga 6.00 petang.


Antara peserta yang mengikuti seminar yang dijalankan.


Bersama Pengurus PID Yan yang turut serta dalam seminar tersebut.


Penceramah sedang memberi ceramah. Ceramah disampaikan oleh En. Norman Wakil dari Mydin.


Ahli Panel dalam Forum yang dijalankan iaitu dari SME Bank, Mara dan Bank Rakyat.

Friday, February 5, 2010

Bengkel ICT Golongan Belia

Pada hari Khamis, 4.2.2010 bertempat di PID Bukit Kayu Hitam telah diadakan satu Bengkel Internet untuk golongan belia. Bengkel ini diadakan pada jam 2.00 petang hingga 5.00 petang. Seramai 10 orang peserta telah hadir bagi mengikuti bengkel ini. Antara yang diajar adalah cara menggunakan internet serta melayari internet. Mereka juga diajar mendaftar email masing-masing. Disamping itu turut diajar adalah cara menggunakan laman sosila facebook diman setiap peserta tedlah mendaftar sebagai ahli facebook.


Antara peserta yang hadir mengikuti bengkel yang diadakan.


Peserta yang terlibat dengan bengkel.


Peserta sedang menggunakan komputer.

Wednesday, February 3, 2010

Cabaran Memancing Jelajah Utara 2010

Seminar Ancaman Siber Masa Kini

PID Bukit Kayu Hitam turut serta dengan menghantar 2 orang wakil yang diketuai oleh Pengurus PID ke Seminar Ancaman Siber Masa Kini yang telah dianjurkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) wilayah Utara. Seminar ini diadakan pada 26 Januari 2010 bertempat di Dewan Mutiara, Kompleks Tabung Haji Bayan Lepas Pulau Pinang.




Konvensyen Ekonomi Negeri Kedah

Pada 18 Januari 2010 PID Bukit Kayu Hitam telah menyertai Konvensyen Ekonomi Negeri Kedah dengan menghantar Wakil yang diketuai oleh Pengurus PID bersama lima orang usahawan dari Bukit Kayu Hitam. Konvensyen ini dianjurkan oleh Gabungan Badan Ekonomi Melayu (GABEM) Kedah yang telah diadakan di Dewan Persidangan UMNO, Bangunan Tunku Alor Star Kedah.


Majlis telah dirasmikan oleh YB. Dato' Seri Haji Mohd Shafie bin Haji Apdal, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah. Teks ucapan beliau dibacakan oleh Timbalannya iaitu YB. Dato' Haji Hasan bin Malek yang mewakili Menteri. Turut hadir pada majlis tersebut adalah YB. Dato' Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail, Pengerusi Majlis GABEM Negeri Kedah, YBhg. Tan Sri Rahim Tamby Chik selaku Pengerusi GABEM Malaysia.


Antara kertas kerja yang dibentangkan pada sesi pertama adalah "Kesan Krisis Ekonomi terhadap Ekonomi Negara"yang dibentangkan oleh wakil dari Kementerian Kewangan dan "Peluang-peluang Perniagaan/Keusahawanan melalui Peruntukan dan Pelaksanaan RMK-10 untuk Usahawan Bumiputera Negeri Kedah" yang dibentangkan oleh EPU. Pembentang seterusnya adalah oleh Y.Bhg Dato' Ir Dr Nordin b Yunus, Naib Presiden Kanan Bahagian Infrastruktur Agensi Pelaksana Koridor Utara (NCIA) dengan tajuk kertas kerja " Peranan NCIA Dalam Program NCER Melalui Peruntukan Baget 2010 Dalam Membangunkan Ekonomi Bumiputera Wilayah Koridor Utara Khususnya Negeri Kedah.

Disamping itu satu Forum turut diadakan dengan tajuk "Peranan Agensi-Agensi Kerajaan Dalam Mewujudkan Peluang-Peluang Perniagaan Kepada Usahawan Negeri Kedah". Antara ahli panel yang terlibat adalah YBhg Dato' Paduka Haji Badruddin bin Haji Amiruldin selaku Pengerusi FAMA, En. Roslan bin Mohamad selaku Pengarah Negeri SME Corporation Malaysia, En. Rakhli bin Hassan selaku Pengarah MARA Negeri Kedah dan En. Darus bin Hashim selaku Tim. Pengurus Besar KEDA(Operasi).

Mesyuarat Karnival Sukan Rakyat Bukit Kayu Hitam

Satu mesyuarat bagi mengadakan Karnival Sukan Rakyat Bukit Kayu Hitam telah diadakan Tempat : Dewan Ladang Rakyat Bukit Kayu Hitam.
Masa : 9.00 malam
Tarikh : 15 Januari 2010





Autoshow Alor Setar