Tuesday, November 15, 2011

Tuesday, November 1, 2011

Seminar Keselamatan & Kesedaran Penggunanan Internet


PROGRAM KESEDARAN & KESELAMATAN INTERNET

PENGENALAN

Program Seminar Kesedaran dan Keselamatan Internet adalah sebuah program anjuran oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) Pejabat Wilayah Utara dengan kerjasama Pusat Internet Desa Zon Utara sebagai tenaga pengajar dan fasilitator. Ia melibatkan semua PID dari Zon Utara iaitu diketuai oleh PID Bukit Kayu Hitam sebagai penyelaras program dengan turut dijayakan oleh PID dari Kedah, Perlis dan Pulau Pinang. Antara PID yang terlibat adalah PID Yan, PID Kuala Nerang, PID Kupang, PID Simpang Empat dan PID Balik Pulau. Program ini telah dilaksanakan pada bulan September hingga Oktober melibatkan sekolah di seluruh negeri Kedah, Perlis dan Pulau Pinang.Ia melibatkan sekolah menengah yang telah menerima netbook 1Malaysia iaitu bagi Kedah sebanyak 134 buah sekolah, Perlis 27 buah sekolah dan Pulau Pinang 60 buah sekolah.

Program ini diadakan sebagai inisiatifd ari SKMM lanjutan dari pemberian Netbook 1Malaysia kepada pelajar sekolah yang terlibat.Tujuan adalah untuk meningkatkan kesedaran orang awam terutamanya para pelajar di peringkat sekolah terutamanya mereka yang telah menerima netbook tentang penggunaan dan penyalahgunaan Internet serta langkah berjaga-jaga ketika menggunakan Internet. Ia sebagai salahsatu usaha melengkapkan diripelajar terutamanya penerima netbook ini menggunakan kemudahan tersebut dengan tujuan berfaedah.

OBJEKTIF:

      Melahirkan pengguna yang literasi terhadap teknologi – bijak internet
   Mewujudkan rasa tanggungjawab di kalangan pengguna Internet supaya beretika dan prihatin terhadap pengguna yang lain
      Memberi pendidikan kepada pengguna Internet tentang kepentingan kawal selia kendiri
      Mewujudkanpersekitaran yang selamatuntukpenggunamenggunakan Internet

Antara kandungan dalam sesi taklimat tersebut adalah peserta didedahkan tentang sejalah awal internet, kegunaan internet, tips keselamatan ketika melayai internet, etika dan budaya ketika menggunakan internet, kesalahan dalam melayari internet, akta yang terlibat, tindakan penguatkuasaan,  aduan tentang penyalahgunaan internet serta langkah dalamPenjagaan, Penyelenggaraan & Keselamatan Netbook.

Sesi Taklimat berkenaan program di Pejabat SKMM Wilayah Utara

Taklimat oleh Pengarah SKMM Wilayah Utara En. Mohd Hussin Ali

Gambar sekitar program
 

Program Pensijilan Pengurusan Telecentre

Bermula dari 29/10/2011 hingga 28/12/2100, aku mengikuti kursus Program Pensijilan Pengurusan Telecentre dimana kelas diadakan setiap hari Rabu bertempat di OUM Seberang Jaya.







Lagi gambar

Autoshow Alor Setar