Thursday, February 24, 2011

AFFILIATE:- Teknik Power Dot Com



Download Laporan Eksklusif Ini Sekarang dangan klik banner di atas (PERCUMA)


Dapatkan Rahsia & Teknik Mantap Jana Pendapatan 4 Angka Sebagai Agen Affiliate Hampir Tanpa Perlu Keluarkan Kos.


Jana Pendapatan XXX & XXXX Secara Online Tanpa Perlu Laman Web & Tanpa Perlu Domain Dan Hosting

Lihat Bagaimana Affiliate Membolehkan Anda Menghasilkan Pendapatan Tanpa Perlu Meninggalkan Kerja Sekarang

Boleh Dilakukan Pada Bila - Bila Masa Dan Terpulang Kepada Masa Anda Seperti Masa Rehat, Selepas Waktu Kerja Dan Hari Cuti.

Anda Hampir Tidak Perlu Berbuat Apa- Apa Seperti Menguruskan Laman Web, Tidak Perlu Mengurus Tempahan & Tidak Perlu Menghantar Produk Kepada Pelanggan

Didedahkan Dengan 1 Tool Terhebat Yang Anda Perlu Miliki Untuk Membantu Anda Berjaya Dalam Affiliate

Anda Tak Perlu Menjadi Pro Untuk Menggunakan Cara Ini..Yang Paling Penting Ialah TAKE ACTION!

Disertakan Sekali Dengan Bukti Pendapatan Bagi Mengukuhkan Teknik Ini Memang Berkesan



BERITA KOSMO: - Peneraju perdagangan dalam talian






PENDEKATAN mudah.my (Mudah) sememangnya seiring dengan nama laman web itu sendiri. Justeru, apabila melayari laman web berkenaan, tidak timbul masalah reka bentuk laman atau grafik yang mengelirukan pengguna sehingga menjejaskan misi perdagangan yang ingin dijalankan.

Mudah memberi peluang kepada semua orang membeli dan menjual produk mereka dengan kaedah yang paling mudah dan yang lebih penting secara percuma.

Ia menghubungkan pembeli dan penjual di Malaysia sekali gus memberikan pengalaman perdagangan yang efisien.

Pengurus Besar Mudah, Shylendra Nathan memberitahu, prinsip berkenaan membuatkan pembeli dan penjual mencapai hasrat mereka dengan pantas, sekali gus memberi kejayaan kepada Mudah untuk menjengah pasaran dengan pantas.

“Dengan menggunakan prinsip ini, Mudah dengan cepat memintas laman-laman web serupa di pasaran dalam talian sehingga mencapai kedudukan ketiga dalam negara selepas Facebook dan Google.

“Duduk di tempat pertama bagi kategori laman web perdagangan bermakna Mudah telah jauh meninggalkan para pesaingnya dan telah berada pada satu tahap yang kukuh,” katanya ketika ditemui di pejabatnya di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Sebelum Mudah dilancarkan katanya, pemilihan nama Mudah.my adalah bagi menepati pasaran tempatan dengan memilih nama yang dekat dengan pengguna Malaysia. Selain itu, aspek yang diberi perhatian adalah sama ada ia mencipta peluang perniagaan yang efektif.

Empat juta pengunjung sebulan


SHYLENDRA berbangga mudah.my yang asalnya beroperasi sebagai sebuah laman web kecil kini menjadi laman web ketiga paling ramai dikunjungi pelayar Internet di Malaysia.


“Nama Mudah pendek dan mudah diingati. Ia juga secara tidak langsung menyampaikan filosofi syarikat ini yang ingin menjalankan perdagangan dan menghubungkan pengguna Malaysia dengan cara yang paling mudah.

“Dengan jumlah pengunjung laman web yang kecil pada mulanya, kini Mudah mempunyai kira-kira empat setengah juta pengunjung unik setiap bulan dan menghubungkan kira-kira sejuta penjual yang terdiri daripada peniaga individu dan perniagaan kecil dan sederhana (SME),” katanya.

Beliau bagaimanapun tidak menolak bahawa, trend perdagangan dalam talian yang berkembang sejak beberapa tahun ini menyumbang kepada kepesatan Mudah sebagai peneraju perdagangan dalam talian.

“Walaupun perdagangan turut dijalankan di Facebook dan blog, peniaga dalam talian kini dilihat menggunakan semua medium yang ada untuk memajukan perniagaan mereka, termasuk melalui Mudah.

“Mudah lebih efektif kerana ia menumpukan sepenuhnya kepada tujuan perdagangan dan pengiklanan melalui kategori-kategori yang disusun bagi memudahkan pencarian pelanggan berpotensi,” katanya.

Nathan memberitahu, Mudah ialah anak syarikat Mudah.my Sdn. Bhd. yang menjalin usaha sama dengan Singapore Press Holdings Limited (SPH) dan Schibsted ASA.

“SPH yang terletak di Singapura merupakan organisasi media peneraju yang mengeluarkan sebanyak 17 jenis akhbar dalam empat bahasa, lebih 100 tajuk majalah dan sejumlah laman web.

“Schibsted ASA pula merupakan syarikat pengiklanan terbesar di Eropah yang mempunyai pasaran di Belgium, Perancis, Sepanyol, Sweden, Asia dan Amerika Latin,” katanya.


KELUARGA besar mudah.my yang menjadi tulang belakang dalam memastikan laman web itu dapat beroperasi dengan lancar sebagai pangkalan perdagangan dalam talian.


Tambah beliau, operasi di Malaysia dikawal oleh 701Search Pte. Ltd. (701Search), syarikat berpangkalan di Singapura yang turut menjalin usaha sama dengan SPH and Schibsted. Selain Mudah, laman web Asia termasuk Berniaga.com di Indonesia, AyosDito.ph (Filipina) dan Dinkos.com.au (Australia).

Kepelbagaian produk

Dimulakan tanpa meletakkan kategori khusus, kini pelanggan boleh memilih kategori antaranya elektronik, hartanah, pekerjaan, barangan peribadi, kenderaan, hobi, sukan dan perkhidmatan yang turut dikecilkan mengikut kategori negeri-negeri.

“Bagi setiap kategori itu sendiri, pelanggan yang ingin mendapatkan barangan sama ada barangan baru atau terpakai dapat membuat pilihan mengikut bajet mereka dan dapat berurusan terus dengan penjual tanpa campur tangan pihak Mudah.

“Kami hanya menyediakan medium dan tidak terbabit dengan sebarang proses transaksi. Justeru, proses perdagangan menjadi lebih mudah,” katanya.

Selain itu jelasnya, kategori pekerjaan yang merupakan antara kategori yang baru merangkumi aspek yang lebih luas. Ia tidak menumpu kepada pekerjaan kolar putih semata-mata.

“Di Mudah, pekerjaan kategori kolar biru seperti guru tuisyen, tutor dan pekerja am juga boleh didapati. Ia merangkumi aspek yang lebih luas,” katanya.

Menurut Shylendra lagi, pengguna Malaysia kini tidak perlu membuang barangan lama mereka kerana ada pelanggan yang mahukannya pada harga yang berpatutan.

“Jika dahulu barangan lama terus dibuang atau disimpan di dalam stor, kini ia boleh dijual di Mudah pada harga yang lebih murah. Pasti ada pengguna yang mahukannya terutama mereka yang tidak mampu membeli barangan baru yang mahal.


ITEM elektronik seperti kamera, laptop dan telefon bimbit antara yang paling ramai pengunjung.


“Barangan terpakai yang paling mendapat sambutan antaranya ialah kenderaan dan barangan elektronik. Kedua-dua item ini mengumpul jumlah pelawat unik masing-masing sebanyak kira-kira dua juta dan sejuta orang Januari lalu,” katanya.

Bagaimanapun katanya, setiap proses jualan dipantau oleh Mudah bagi mengelakkan aktiviti yang tidak dibenarkan. Setiap pengiklanan yang dijalankan turut melalui proses sama.

“Kami mahu mendidik pengguna Mudah supaya menjalankan pengiklanan yang efektif serta dapat mencapai sasarannya. Sebagai contoh, pengiklanan hartanah yang tidak mempunyai gambar, tiada alamat dan maklumat lengkap tidak akan diluluskan.

“Secara tidak langsung, pengguna akan dapat mempelajari kaedah pengiklanan yang berkesan yang dapat menyumbang kepada proses perdagangan yang efisien,” katanya.

Sementara itu, mengulas perancangan masa hadapan, Nathan memberitahu Mudah bakal memperkembangkan kategori item yang membabitkan pelancongan yang kini mendapat sambutan tinggi bagi pasaran pelancongan negara.



Sunday, February 20, 2011

Program Affiliate Heartbeat.my

Peluang menyertai affiliate program di Heartbeat.my dan menambah pendapatan.

Bagaimana untuk mendaftar di Heartbeat.my.


1. Klik di http://heartbeat.my?rid=7950





Thursday, February 17, 2011

Download : Koleksi Ebook

Koleksi Ebook
  1. EBOOK PERCUMA PLR Gangster (KLIK SINI)
  2. EBOOK PERCUMA Traffic Exchange Secrets (KLIK SINI)
  3. EBOOK PERCUMA BLOGGING CASH COURSE (KLIK SINI)
  4. EBOOK PERCUMA STRATEGI WANG TUNAI (KLIK SINI)
  5. EBOOK PERCUMA 40 PANDUAN BUAT WANG DI RUMAH (KLIK SINI)

Wednesday, February 16, 2011

Affiliate

Apa Itu Program Affiliate?

Program affiliate bermaksud kita sebagai agen (orang tengah) akan mempromosikan produk pihak lain (usahawan atau syarikat) dan akan mendapat bayaran (komisen) jika ada orang membeli produk tersebut melalui link affiliate kita..

AGEN (link affiliate) > PEMBELI > LAMAN WEB = KOMISEN

Sedikit istilah yang perlu difahami:
Affiliate Marketer – Juga dipanggil sebagai affiliates atau agen.
Affiliate Manager – Pemilik program affiliate. Dikenali juga sebagai Merchant.
Link Affiliate – Link unik khas untuk setiap affiliate marketer.
Komisen – Jumlah bayaran terhadap setiap jualan yang berjaya dihasilkan.
Sistem Affiliate – Perisian Online yang akan mengesan/menjejak (track) setiap aktiviti yang tertentu seperti klik, rekod jumlah komisen dan lain-lain lagi.

Bagaimana Sistem Affiliate Berfungsi?

Aliran asasnya adalah begini:.

Link Affiliate Agen > PEMBELI > Laman Web Jualan > Sistem Rekod Jumlah Komisen

Penerangan:
Pembeli akan klik pada link affiliate agen. Apabila pembeli melakukan pembelian produk yang dipromosikan itu, maka sistem akan merekod jumlah komisen yang berhak agen dapat.

Contohnya satu produk berharga RM50.00 dan komisennya pula ditawarkan sebanyak RM25.00 (50%) untuk satu jualan. Jadi, jika ada 3 orang yang membeli produk itu melalui link affiliate anda (agen), anda akan mendapat RM75.00. Maknanya di sini, anda akan mendapat upah/komisen, apabila anda berjaya menjual produk yang dipromosikan tersebut..

Anda tidak perlu faham secara teknikal bagaimana sistem affiliate berfungsi. Tidak mudah untuk memahaminya terutama yang tidak biasa dengan istilah teknikal. Cukuplah dahulu anda memahami bagaimana aliran prosesnya, apa yang perlu dan juga bagaimana caranya sistem dapat mengenal-pasti sesuatu link affiliate itu milik siapa iaitu melalui ID yang unik. Faham asas ini pun sudah memadai..

Sistem Affiliate banyak jenis di Internet. Ada yang simple dan ada yang kompleks. NAMUN, semuanya melakukan fungsi asas yang sama sahaja iaitu merekod aktiviti bagi setiap link affiliate agen seperti di mana link itu dipromosikan, jumlah klik pada link dan juga merekod komisen jualan jika ada pembelian produk melalui link tersebut..

Sunday, February 13, 2011

Projek Cetakan : Banner

Tahun 2011 aku mula berjinak2 dengan dunia designer. Dengan berbekalkan sedikit ilmu photoshop yang aku belajar dari Tamtam sebelum ni masa buat event KUI 2009 & 2010, aku dah boleh buat la sikit2 design... tak pandai mana pun, masih dok belajar lagi. Banyak lg ilmu nak kena tau bab design ni.

Pada Feb 2011 aku dapat satu projek buat banner... tak banyak pun cuma 6 unit ja, aku tak berani amik banyak lg takut tak jadi... aku ambil sikit dulu la tempahan. Ni adalah projek design aku yang pertama la untuk orang. Sebelum ni aku cuma buat untuk projek anjuran aku ja.. tak berani nak amik tempahan. So ni aku cuba nak buat duit pulak la dengan amik tempahan. Banner ni bersaiz 3'x10' untuk satu Wayang Kulit Seri Asun sempena Promosi Gaya Hidup Sihat 1Malaysia. Aku cuma buat design ja.. selebihnya print aku hantar la ke kedai printing tuk cetak. Nak cetak kena la pandai cari kedai yg tawarkan harga murah dari harga yg kita tawarkan kat pelanggan kita. Buat permulaan ni aku tawarkan harga kecik2 dulu la.. boleh la untung sikit2... dan harga aku bagi pun rendah dari harga pasaran.

So nilah hasil kerja aku buat banner tu ...



Saiz Banner 3'x10'
Jumlah Tempahan 5 unit.

Ok tak....

Wednesday, February 9, 2011

Update : Majlis Penutup & Penyampaian Hadiah KU&I



Akhirnya keputusan siapa menang dalam KU&I 2010 telah terjawab di Pullman Putrajaya Lakeside pada 8/2/2011. Pasukan dari PID Zon Utara telah dinobatkan sebagai Juara Penganjuran Karnival Usahawan & ICT 2010 dengan menewaskan 5 lagi pasukan lain dengan membawa pulang hadiah wang tunai RM10000, Barangan Komputer, hamper dan Sijil. Pasukan ini terdiri dari PID Yan, PID Bukit Kayu Hitam, PID Kupang, PID Kuala Nerang, PID Simpang Empat Perlis, PID Tasek Gelugor dan PID Balik Pulau.






Laporan Penuh klik

Sunday, February 6, 2011

Majlis Penutup & Penyampaian Hadiah KU&I

Hari yang ditunggu-tunggu telah pun tiba. Segala persoalan akan terjawab nanti. Selama 6 bulan ini 6 pasukan telah memerah keringat dan idea bagi melaksanakan dan menjayakan Karnival Usahawan & ICT 2010. Disini kami ingin mengumumkan bahawa tempat dan tarikh penutup seperti yang dinyatakan:-

Tempat:-

Pullman Putrajaya Lakeside,
No. 2, jalan P5/5, Presint 5,
62200 Putrajaya.
Tarikh:- Selasa, 8 Febuari 2011
Masa:- 10 pagi - 1 petang

Autoshow Alor Setar