Friday, July 23, 2010

Karnival Keusahawanan Sosial 2010

Ekspo Sinar Rakyat

Ekspo Sinar Rakyat sempena Karnival Keusahawan Sosial PID 2010 anjuran Pusat Internet Desa Bukit Kayu Hitam (PID) telah diadakan dari 1 hingga 20 Julai 2010. Program ini akan diadakan selama dua puluh hari dengan berbagai aktiviti menarik seperti pameran, karnival jualan, cabutan bertuah dan banyak lagi telah dilaksanakan. Sebanyak 40 ruang niaga dan 10 pameran telah disediakan dalam menjayakan Ekspo ini. Walau bagaimanapun Ekspo jualan telah dilanjutkan hingga ke 23 Julai 2010 dan Majlis penutup serta cabutan bertuah juga diadakan pada 23 Julai 2010 jam 10.00 malam. Hadiah utama cabutan bertuah adalah sebuah motosikal dengan berbagai lagi hadiah menarik.

Ekspo Sinar Rakyat telah diadakan di tapak Letak Kereta Majlis Daerah Kubang Pasu berhadapan Kompleks Changlun. Ekspo jualan usahawan telah berlangsung dari 1 hingga 20 Julai 2010, sementera pameran agensi kerajaan pula diadakan pada 16 hingga 18 Julai 2010. Majlis Perasmian diadakan pada 18 Julai 2010 jam 2.30 petang yang telah disempurnakan oleh En. Zulfitri bin Yaccob selaku Pegawai Khas kepada YB Dato' Wira Mohd Johari Baharum, Timbalan Menteri Pertanian, Industri Asas Tani merangkap ahli Parliman Kubang Pasu. Turut hadir Puan Faudziah bt Mohd Amin, Ketua Penolong Setiausaha Jurang Digital Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan. Turut menjayakan adalah semua PID Zon Utara iaitu PID Kuala Nerang, PID Yan, PID Kupang, PID Simpang Empat, PID Tasek Gelugor dan PID Balek Pulau.

Anyata aktiviti yang diadakan adalah;
- Acara Pentas

- Auto Show

- Cabutan Bertuah

- Expo Jualan Usahawan

- Majlis Perasmian

- Mewarna Kanak-Kanak

- Pameran Agensi

- Pameran Kelab Kereta Lama

- Persembahan Kesenian

- Pertandingan Karaoke

- Pertunjukan Basikal BMX

- Pertunjukan/Pertandingan Audio Sistem

- Pertunjukan/Pertandingan Skuter

- Studio Mini KedahFM

- Sukaneka

- Teka Jumlah Coklat


Thursday, July 15, 2010

Karnival Usahawan & ICT 2010

Pertandingan ini merupakan satu inisiatif ICT Kebangsaan dari Multimedia Super Corridor (MSC) Malaysia dalam usaha merangsang minda komuniti bagi menghasilkan karnival usahawan dan ICT yang menarik di samping menjana pembangunan kandungan tempatan.

“Karnival Usahawan & ICT” yang dikenali juga sebagai “Karnival U&I” telah bermula pada tahun 2009. Kertas cadangan telah diterima dari telecenter dan pusat komuniti dari seluruh negara dan 6 kertas cadangan telah terpilih untuk diimplementasikan.

Pertandingan ini terbuka kepada masyarakat luar bandar dengan kerjasama Telecentre/ Pusat Internet/ Pusat Komuniti.
Bagi tahun 2010, PID Bukit Kayu Hitam turut menghantar satu kertas kerja bersama gabungan PID Zon Utara bagi menganjurkan Karnival ini yang dirancang diadakan di Kuala Nerang pada bulan November 2010. Diharap kertas kerja yang dihantar akan diterima sebagai 6 peserta. Sama-sama kita nantikan keputusannya nanti.








Sebarang Maklumat lanjut sila layari http://karnivalusahawandanict2010.blogspot.com/

Autoshow Alor Setar