Thursday, June 11, 2009

Latihan e-Services (Fasa 3A)



Latihan e-Services bagi PID Bukit Kayu Hitam kumpulan 1 telah diadakan pada 1 - 8 Jun 2008 bertempat di PID Bukit kayu Hitam. Latihan ini telah dihadiri oleh seramai 5 orang peserta yang terdiri dari ahli KUSPID dan ahli PID sendiri. Pada sesi hari pertama iaitu pada 1 Jun 2009, dimulakan dengan penerangan berkenaan program serta rasional program ini diadakan. Sesi yang berlangsung dari jam 9.00 pagi hingga 12.00 tgh ini merangkumi Pengenalan kepada e-Kerajaan dan
e-Pembelajaran. Dalam e-Kerajaan peserta telah diberi penerangan berkenaan kerajaan elaktronik itu sendiri serta peranan dan fungsi portal MyEG. Disamping itu turut disentuh adalah berkenaan MDEC dan portal virtual Malaysia. Dalam sesi e-Pembelajaran pula merangkumi tajuk e-Pembalajaran itu sendiri, i-Teacher dan Edunovice.



Antara tajuk yang disentuh.



Antara peserta yang mengikuti latihan.

Pada hari kedua iaitu pada 2 Jun 2009, latihan diteruskan untuk tajuk e-Perdagangan dimana antara peserta telah mempelajari berkaitan
tajuk pengenalan e-Dagang dan kemudahan portal Agribazaar dimana peserta diberi peluang untuk mendaftar dan diterangkan cara menggunakan portal Agribazaar. Turut disentuh adalah tajuk e-Perolehan secara ringkas dan juga menyentuh tajuk online Payment Gateways serta laman Lelong.com.my.

Hari ketiga diadakan pada 3 Jun 2009 telah mempelajari tajuk Portal PID
yang meliputi Laman Utama Portal serta fungsi portal PID seterusnya mendaftar sebagai pengguna portal. Antara tajuk yang turut disentuh adalah fungsi ruangan e-Kerajaan dalam Portal PID serta e-Pembelajaran.

Pada hari keempat pula iaitu pada 4 Jun 2009, latihan masih lagi dalam tajuk Portal PID yang merangkumi bahagian
Kalender Peristiwa, Galeri Media, Forum.

Hari Kelima diteruskan pada 7 Jun 2009 dengan menyentuh tajuk e-Kedai dalam Portal PID. Setiap peserta diajar menggunakan ruangan eKedai dimana setiap peserta diberi ekedai masing-masing.



Hari keenam pula iaitu pada 8 Jun 2009 adalah hari terakhir dimana
latihan masih lagi berkenaan Portal PID yang meliputi tajuk Pid Tv dan Iklaneka. Sebagai menguji pemahaman peserta yang mengikuti latihan ini mereka telah menyertai aktiviti Treasure Hunt yang meminta mereka mencari klu dari maklumat yang telah dipelajari dalam Portal PID. Ia adalah aktiviti berbentuk pertandingan dimana peserta yang terawal menyiapkan tugasan ini dikira pemenang dan diberi hadiah. Akhir sekali peserta ,telah diberi kertas ujian sebagai melengkapkan sesi latihan bagi menguji tahap pemahaman semasa latihan dijalankan.



Autoshow Alor Setar