Tuesday, November 15, 2011

Tuesday, November 1, 2011

Seminar Keselamatan & Kesedaran Penggunanan Internet


PROGRAM KESEDARAN & KESELAMATAN INTERNET

PENGENALAN

Program Seminar Kesedaran dan Keselamatan Internet adalah sebuah program anjuran oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) Pejabat Wilayah Utara dengan kerjasama Pusat Internet Desa Zon Utara sebagai tenaga pengajar dan fasilitator. Ia melibatkan semua PID dari Zon Utara iaitu diketuai oleh PID Bukit Kayu Hitam sebagai penyelaras program dengan turut dijayakan oleh PID dari Kedah, Perlis dan Pulau Pinang. Antara PID yang terlibat adalah PID Yan, PID Kuala Nerang, PID Kupang, PID Simpang Empat dan PID Balik Pulau. Program ini telah dilaksanakan pada bulan September hingga Oktober melibatkan sekolah di seluruh negeri Kedah, Perlis dan Pulau Pinang.Ia melibatkan sekolah menengah yang telah menerima netbook 1Malaysia iaitu bagi Kedah sebanyak 134 buah sekolah, Perlis 27 buah sekolah dan Pulau Pinang 60 buah sekolah.

Program ini diadakan sebagai inisiatifd ari SKMM lanjutan dari pemberian Netbook 1Malaysia kepada pelajar sekolah yang terlibat.Tujuan adalah untuk meningkatkan kesedaran orang awam terutamanya para pelajar di peringkat sekolah terutamanya mereka yang telah menerima netbook tentang penggunaan dan penyalahgunaan Internet serta langkah berjaga-jaga ketika menggunakan Internet. Ia sebagai salahsatu usaha melengkapkan diripelajar terutamanya penerima netbook ini menggunakan kemudahan tersebut dengan tujuan berfaedah.

OBJEKTIF:

      Melahirkan pengguna yang literasi terhadap teknologi – bijak internet
   Mewujudkan rasa tanggungjawab di kalangan pengguna Internet supaya beretika dan prihatin terhadap pengguna yang lain
      Memberi pendidikan kepada pengguna Internet tentang kepentingan kawal selia kendiri
      Mewujudkanpersekitaran yang selamatuntukpenggunamenggunakan Internet

Antara kandungan dalam sesi taklimat tersebut adalah peserta didedahkan tentang sejalah awal internet, kegunaan internet, tips keselamatan ketika melayai internet, etika dan budaya ketika menggunakan internet, kesalahan dalam melayari internet, akta yang terlibat, tindakan penguatkuasaan,  aduan tentang penyalahgunaan internet serta langkah dalamPenjagaan, Penyelenggaraan & Keselamatan Netbook.

Sesi Taklimat berkenaan program di Pejabat SKMM Wilayah Utara

Taklimat oleh Pengarah SKMM Wilayah Utara En. Mohd Hussin Ali

Gambar sekitar program
 

Program Pensijilan Pengurusan Telecentre

Bermula dari 29/10/2011 hingga 28/12/2100, aku mengikuti kursus Program Pensijilan Pengurusan Telecentre dimana kelas diadakan setiap hari Rabu bertempat di OUM Seberang Jaya.







Lagi gambar

Monday, July 25, 2011

PEMANGGANG AJAIB!

PEMANGGANG AJAIB! 
Mudah, Ringkas, Menjimatkan Masa & tak perlu bakar arang lagi.








CIRI-CIRI:

- Mudah, ringkas dan menjimatkan masa terutama isteri yg sibuk bekerja, tp mahu menyediakan santapan istimewa buat keluarga
- Tanpa perlu membakar arang utk sediakan bara api, menghadapi asap yg banyak berkepul2 ketika membakar lauk yg sangat memedihkan mata
- Hasil dan kesedapan makanan yg dibakar asli seperti dibakar atas dapur arang
- Semua jenis lauk pauk, ikan, daging, ayam, seafood, dll blh dibakar termasuklah segala jenis roti dan kek
- Tidak melekat dan senang dikendalikan

MACAM MACAM BOLEH DIPANGGANG!!!

HANYA GUNA KREATIVITI ANDA UNTUK MENYEDIAKAN HIDANGAN YANG LAZAT DAN BERKHASIAT!


Harga RM129.00


Hubungi 012-5210672 atau email ke giezd@yahoo.com untuk tempahan.



Kos Penghantaran ;
Seluruh Semenanjung RM10.00
Sabah/Sarawak RM20.00

Pos Laju

Saturday, July 2, 2011

Hari Sukan Tadika NurSyifa

Gambar-gambar sekitar Program Hari Sukan Tadika NurSyifa. Tadika tempat Irfan belajar. Program telah diadakan pada 1 Julai 2011 bertempat di SK Bandar Darul Aman. Irfan masuk acara Play Jumping dan Tiub Belon kedua-dua menang no.1.













Sunday, June 26, 2011

Pemasaran Produk Yang Lebih Efektif di Internet


Pemasaran Produk Yang Lebih Efektif di Internet

Ramai yang tidak tahu bahawa rakyat Malaysia merupakan antara rakyat negara Asia yang paling ramai melayari internet dalam dunia. Ya, dunia! Keajaiban internet tidak perlu dipersoalkan lagi. Usahawan-usahawan di seluruh dunia menjana hampir berbilion ringgit daripada medium ini. Sama ada produk digital mahupun fizikal, semuanya adalah mungkin dengan kewujudan internet. Ini kerana jika secara offline, bilangan manusia adalah terhad manakala secara online, perniagaan anda mampu di perkenalkan pada beribu-ribu orang dalam masa yang sekejap sahaja. Dan sebagai usahawan di Malaysia, adakah kenyataan di atas masih tidak meyakinkan anda untuk memanfaatkan medium ajaib ini ke paras maksimum?
Kini, transaksi yang berlaku di internet adalah berjumlah trillion USD setahun dan setiap hari berbilion-billion USD bertukar tangan. Kerancakan transaksi wang di internet di sokong lagi dengan pengembangan internet ke handphone dan juga penggunaan kad kredit.
Apabila bercakap mengenai perniagaan internet ramai di antara kita membayangkan produk “making money online”. Sebenarnya, perniagaan internet ini mempunyai banyak cabang yang boleh diterokai. Di negara kita, pasaran produk fizikal lebih tertumpu di forum-forum tempatan serta laman lelonganonline seperti lelong.com.my dan ebay. Perkembangan yang bagus tetapi produk yang dijual kebanyakannya boleh dikatakan remeh. Contohnya, pen, sarung bantal, jus kuruskan badan, tudung, keychain dan yang sewaktu dengannya. Bagaimana dengan barangan yang lain? Atau usahawan tempatan masih kurang berpengetahuan tentang keajaiban medium ini?
Ikuti faedah-faedah memasarkan produk perniagaan di internet.
Perniagaan auto-pilot.
Anda tidak perlu bersengkang mata untuk berjaga 24 jam untuk menjaga kedai anda. 24 jam 7 hari seminggu 365 setahun. Tidak seperti kedai biasa yang hanya beroperasi jam 7 pagi – 8 malam.
Apa yang perlu anda lakukan hanyalah pastikan anda ada laman web dan ianya berfungsi. Ya semudah itu! Tetapi harus diingat yang setiap entri perlulah menarik kerana ia berupaya untuk membawa pelanggan tersebut kepada pengenalan produk atau perkhidmatan yang disediakan. Proses berkenaan perlulah mengambil kurang daripada 10 saat. Anda harus ingat bawa anda tidak tahu dari mana pengunjung-pengunjung laman web anda datang. Maka, menjadi tugas seorang usahawan untuk menarik perhatian mereka dalam masa yang amat terhad.
Sebarang soalan yang diajukan pelanggan akan masuk ke dalam emel dan anda boleh jawab apabila anda online. Anda juga boleh setkan sistem pembayaran automatik menggunakan kad kredit dan apa yang anda perlu buat adalah menerima bayaran dan memproses tempahan. Di Malaysia budaya pembayaran melaluionline mungkin azgak baru. Sebagai usahawan, anda perlu meyakinkan pelanggan bahawa setiap transaksi online yang mereka lakukan adalah selamat untuk digunakan.
Komunikasi pantas.
Jika anda ada pelanggan di Kelantan dan anda pula berada di Johor, anda tidak perlu bergerak ke Kelantan untuk berjumpa dengan pelanggan anda, anda boleh berkomunikasi terus di Internet. Jika ada masalah, mereka boleh ajukan pada anda di Internet sahaja. Sediakan borang pertanyaan di laman web anda dan pastikan anda respon dalam jangka masa yang terdekat.
Prospek perniagaan yang luas.
Anda dapat menjimatkan ratusan malah ribuan ringgit dengan memasarkan prduk fizikal anda di internet. Kos pemasaran di televisyen, radio dan di billboard adalah sangat tinggi, bukan semua uasahawan mampu untuk membayarnya, dan target market belum tentu seperti diuar-uarkan. Di internet, yang sebaliknya berlaku. Dengan ratusan ringgit sahaja, anda dapat menyampaikan maklumat kepada prospek pelanggan yang tersangat ramai. Bayangkan jika anda mampu memperkenalkan perniagaan anda kepada jutaan orang di internet, paling teruk pun 1 peratus sahaja yang membeli dari anda, agak-agak untung dah berapa? Ya! Tersangat banyak!

Agen yang bekerja secara percuma
Anda tidak perlu ada agen pemasaran yang ramai di dalam syarikat anda untuk promosi produk secara online dengan adanya sistem affiliate. Affliate adalah agen dan anda tidak perlu bayar gaji pada mereka. Mereka akan menerima komisyen berdasarkan jualan yang mereka hasilkan. Jika tiada jualan, anda tidak perlu bayar gaji pada mereka.
Senang untuk mencari rakan niaga.
Seperti yang diberitahu, di internet, yang terbalik dari dunia nyata berlaku. Anada tidak perlu cari rakan niaga, meraka yang cari anda! Jika mereka rasa produk anda bernilai, bagus dan ada potensi, mereka sendiri akan hubungi anda untuk menjadi agen atau wakil pengedar. Maka, di laman web, anda boleh sediakan ruang rakan niaga untuk memperkembangkan lagi perniagaan anda. Menarik bukan?
Anda tidak perlu buka mulut langsung.
Di internet, anda tidak perlu pening-pening memikirkan cara untuk meng’ayat’ para pelanggan anda. Sekadar mengisi laman web anda dengan informasi terkini mengenai produk, pasti ada yang sudah tersangkut. Dan jika mereka ada soalan, mereka boleh hubungi anda. Persembahan di laman web akan menjadi wakil jurucakap anda.
Banyak cawangan dengan kos yang sedikit dan proses yang mudah.
Antara senjata pemasaran ialah cawangan. Membuka cawangan kedai di internet tidak memerlukan kedai baru, peralatan baru, pekerja baru atau lesen baru. Domain dan hosting. Sahaja. Adanya dua perkara tersebut, anda boleh buka dan kawal perniagaan sebanyak mana cawangan yang anda mampu. Hebat?
Bagaimana? Sudah cukup meyakinkan untuk memanfaatkan internet ke paras maksimum? Seorang usahawan yang baik harus tahu untuk menggunakan segala peluang yang ada untuk memaksimumkan jualan dan internet adalah satu medium ajaib yang wajib diterokai. Tetapi pasti anda tertanya-tanya bagaimana tu?
Berikut adalah beberapa cara yang boleh diaplikasikan yang telah membantu ramai usahawan:
Sebenarnya ianya bergantung pada bajet. Jika terlebih bajet, gunakan kaedah yang kedua, jika tidak berapa mampu, gunakan kaedah yang pertama. Apapun, pastikan anda tak habiskan banyak masa dengan lakukan manual submission.
1. Emel
Adalah wajib bagi anda untuk mempunyai laman web opt-in atau landing page yang mempunyai borang langganan di mana pelawat boleh meninggalkan nama dan emel mereka di laman web tersebut. Kemudian, anda boleh mulakan pemasaran produk atau servis anda dengan menghantar emel kepada mereka. Menggunakan perisian bernama autoresponder. Autoresponder ini boleh hantar mesej kepada ribuan emel pada satu-satu masa! Apa yang perlu anda lakukan ialah hanya masukkan beberapa mesej untuk dijadikan emel di dalam autoresponder anda supaya setiap kali pelawat laman web anda berikan nama dan emel mereka, mereka akan mendapat emel ini secara automatik dan berterusan dari anda. Mereka pasti beranggapan yang anda ambil berat dengan mereka sedangkan anda hanya perlu lakukan sekali sahaja, hebat?
2. Komen Blog
Adalah mudah untuk anda lakukan promosi sebegini memandangkan terdapat bermacam-macam jenis blog di pasaran. Selepas melakukan sedikit kajian, anda akan dapati bahawa sesetengah blog mempunyai pembaca setia mereka tersendiri dan mereka inilah sasaran terbaik untuk produk atau perkhidmatan yang anda promosikan.
Walaubagaimanapun, jangan sampai anda dilabel ‘blog spammer’ dengan terus beriklan melalui komen blog dengan kerapa dan secara terang-terangan. Sebaliknya, jadikan kebiasaan untuk meninggalkan komen di blog yang berkaitan dengan niche anda SAHAJA. Jangan sesekali habiskan terlalu banyak masa dengan baca setiap blog, setiap post dalam blog dan setiap komen. Memang alamat 24 jam lah anda duduk depan computer. Cari sekurang-kurangnya 10 blog berkaitan niche anda dan tinggalkan 10 komen di setiap blog itu setiap hari. Melalui cara ini, anda dapat tingkatkan kredibiliti anda. Maklumlah, balik-balik anda yang komen!
4. Youtube
Masih ramai lagi yang kurang arif dengan kehebatan pemasaran melalui video. Antara kebaikannya ialah pertama, ia membolehkan anda mendapat keputusan segera. Video biasanya dapat dilihat secara terus manakala kandungan bercetak pula lebih cenderung untuk ditinggalkan dalam inbox atau mailbox sehingga berhari-hari lamanya. Kedua, video membolehkan anda menyampaikan cerita dengan lebih baik. Video menawarkan satu peluang yang baik dengan mempamerkan sesuatu yang berkaitan dengan perniagaan anda. Orang ramai lebih cenderung kepada ‘menonton’ maklumat, bukan lagi ‘mendengar’ maklumat.
Ketiga, anda berpeluang untuk membekalkan kandungan yang berlainan setiap kali. Untuk mendapatkan posisi yang tinggi di Google, pemilik laman web hendaklah sentiasa memperbaharui kandungan di laman webnya. Menghasilkan artikel sememangnya memakan masa, tetapi menghasilkan video adalah mudah, murah dan pantas!
Keempat, anda akan dilihat sebagai usahawan yang berkemampuan untuk mencuri tumpuan para pengunjung melalui cara baru. Jika para pengunjung sudah bosan dengan bahan-bahan bercetak, maka video berkemungkinan akan menyemarakkan minat mereka terhadap bisnes anda. Kelima, ia membolehkan orang ramai melakukan promosi untuk anda. Semua laman web video atau laman sosial sepertiYouTube, Facebook, MySpace menyediakan kemudahan untuk orang ramai menyebarkan video anda ke seluruh Internet.
Keenam, komuniti video online biasanya lebih ‘hidup’ dan rancak berbanding dengan komuniti artikel online. Anda mampu mencapai jumlah tontonan 1000 ke atas dalam beberapa minggu sahaja! Dan yang terakhir, jumlah persaingan yang kurang. Kebanyakan peniaga Internet masih lagi menggunakan artikel untuk pemasaran bisnes mereka, oleh itu persaingan dalam pemasaran video masih belum sengit seperti cara-cara promosi yang diterangkan di atas.
Antara cara pemasaran melalui video ialah:
1. Cipta video sendiri.
2. Daftar akaun Youtube dengan nama yang ada 
keyword kepada niche anda.
3. Masukkan tajuk video yang ada 
keyword sasaran anda.
4. Letakkan 
link ke landing page anda di description.
5. Masukkan 
keyword sasaran anda di dalam tags.
6. Masukkan artikel atau maklumat berkaitan 
niche anda ke dalam description.
Credit kepada usahawan.com

Thursday, June 23, 2011

Karnival Usahawan Desa 2011 Peringkat Zon Utara Sungai Petani

Sepintas Lalu Karnival Usahawan Desa 2011 Peringkat Zon Utara 


Sungai Petani - Kementerian Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah ( KKLW ) sekali membuktikan rakyat di dahulukan apabila mengeluarkan peruntukan bagi menganjurkan Karnival Usahawan Desa 2011 Peringkat Zon Utara bertempat di Padang Awam Taman Ria Jaya , Sungai Petani Kedah. Program yang bakal berlangsung 4 hari bermula dari 22 Julai 2011 sehingga 25 Julai 2011 menjanjikan termasya terbesar pernah diadakan di Sungai Petani dengan hidangan pelbagai jenis program dan acara yang di atur dalam memartabatkan Usahawan Indsutri Kecil & Sederhana Karnival ini juga melibatkan agensi di bawah KKLW seperti Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah ( KEDA ) , Majlis Amanah Rakyat ( MARA ) , Jabatan Kemajuan Orang Asli ( JKOA ) , Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Perusahaan Getah ( RISDA ) , Lembaga Penyatuan Dan Pemulihan Tanah Persekutuan ( FELCRA ) dan Jabatan Kemajuan Masyarakat ( KEMAS ).

Jom Meriahkan Expo Kayangan




Tempahan Banner

Menerima tempahan menyiapkan banner untuk program Hari Terbuka Institut Memandu Mustika Muhibah Sdn Bhd. Sintok. Jumlah 30 keping bersaiz 4'x9'. Jumlah RM2160.00



Thursday, June 16, 2011

Karnival Ria Peladang Merbok

Gambar-gambar sekitar program Karnival Ria Peladang Merbok yang telah diadakan dari 25-29 Mei 2011 bertempat di PPK Merbok.





















Posted by Picasa

Autoshow Alor Setar