Saturday, May 23, 2009

C A B A R A N e-KREATIF TERBUKA PULAU PINANG 2009

PID Bukit Kayu Hitam tidak ketinggalan dalam menyertai Cabaran e-KREATIF TERBUKA PULAU PINANG 2009 menerusi laman web PID iaitu http://bktkayuhitam.pid.net.my.



Satu peluang untuk anda meneroka kreativiti organisasi anda serta meningkatkan profil dan meningkatkan laman web anda ke seluruh Malaysia dan dunia.

POeCC09 kali ini merupakan pertandingan Laman Web Terbuka kepada semua pusat e-Komuniti dan juga Badan Bukan Kerajaan (NGO) dari Negeri Pulau Pinang, Perlis, Kedah dan Perak. Laman web yang dipertanding mestilah mempunyai maklumat yang informatif, interaktif serta mesra pengguna khususnya untuk capaian dan manfaat komuniti


Hadiah-Hadiah

Hasil karya dan laman web yang terbaik daripada salah satu subkategori akan menerima hadiah yang menarik.


  • Hadiah Utama

Trofi ‘Cabaran PDC’ bagi laman web yang terbaik dari kategori Pusat e-Komuniti dan Organisasi Badan Bukan Kerajaan


  • Kategori Terbuka ( Laman Web Pusat e-Komuniti)

Hadiah Pertama: RM3,000 dan trofi POeCC09

Hadiah Kedua: RM2,000 dan trofi POeCC09

Hadiah Ketiga: RM1,000 dan trofi POeCC09

5 hadiah saguhati: RM500 setiap pemenang


  • Kategori Terbuka ( Laman Web Organsasi Badan Bukan Kerajaan)

Hadiah Pertama: RM3,000 dan trofi POeCC09

Hadiah Kedua: RM2,000 dan trofi POeCC09

Hadiah Ketiga: RM1,000 dan trofi POeCC09

5 hadiah saguhati: RM 500 setiap pemenang

Laman web :
www. pdc.gov.my/page.cfm?name=POeCC09

Keputusan Pertandingan


Trofi Cabaran PDC

Chef Association of Malaysia Penang Chapter


Kategori Pusat eKomuniti


1. Pusat Perkhidmatan Ilmu Dan Komuniti (PPIK) Titi Teras, Balik Pulau, Pulau Pinang
2. Perpustakaan Desa PNM Titi Teras, Balik Pulau, Pulau Pinang
3. Pusat Internet Desa Yan, Kedah

Saguhati
Pusat Internet Desa Bukit Kayu Hitam, Kedah
Pusat Internet Desa Balik Pulau, Pulau Pinang
Pusat Internet Desa Kuala Kurau, Perak
Pusat Jalurlebar Komuniti Cawangan Sik, Kedah
Perpustakaan Jalurlebar Tokai, Kedah

Kategori Badan Bukan Kerajaan (NGO)
1. Chef Association of Malaysia Penang Chapter
2. Persatuan Pendidikan Seni Pulau Pinang
3. Persatuan Memancing Pulau Pinang

Saguhati
St John Ambulans Malaysia, Pulau Pinang
Persatuan Kanak-Kanak Cerebral Palsy (Spastik) Pulau Pinang
Bulan Sabit Merah Malaysia
Perak Amateur Radio Transmitters Society
Jawatankuasa Portal www.indianmuslim.com.my

Autoshow Alor Setar