Saturday, August 7, 2010

Bengkel Latihan Kejurulatihan Karnival Usahawan & ICT 2010 dan Multimedia Kreatif

Bagi menjayakan Karnival Usahawan & ICT 2010 semua pemenang kertas kerja telah diminta hadir ke "Bengkel Latihan Kejurulatihan Karnival Usahawan & ICT 2010 dan Multimedia Kreatif "

Butiran adalah seperti berikut :

Tarikh : 7 , 8 & 9 Ogos 2010
Hari : Sabtu , Ahad dan Isnin
Tempat : Hotel de Palma Ampang
Jalan Selaman , 1/2 Palm Square
Ampang Point 68000 Ampang
Selangor Darul Ehsan

Wednesday, August 4, 2010

Keputusan Penganjuran Karnival Usahawan & ICT 2010


Keputusan Pemenang diumumkan dari blog Urusetia KU&I. PID Zon Utara berjaya memperolehi penganjuran KU&I 2010.
Berita baik untuk para pemenang dari telecenter dan usahawan!!!

Pihak MSC Malaysia ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada kesemua pasukan yang telah mengambil bahagian dalam Pertandingan Mencipta Konsep dan Melaksana Karnival Usahawan dan ICT ini. Sokongan padu dan maklum balas positif serta memberansangkan yang telah ditunjukkan amatlah kami hargai.

Sukacita dimaklumkan bahawa pihak MSC Malaysia telah menilai dan membuat keputusan yang muktamad ke atas pemilihan 6 kertas cadangan terbaik bagi Karnival Usahawan dan ICT. Pasukan yang terpilih adalah seperti berikut :

1. Pusat Internet Desa ( Zon Utara )
2. Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung Malaysia (GPMS) Negeri Sembilan & KElab Rakan Muda Kuala Pilah , Negeri Sembilan
3. Pusat Komuniti ICT Lembah Keriang , ITU-UUM Kg. Tradisi Lembah KEriang & PJK Kg. Bukit Tangga , Kedah
4. cITaKU Lab Selama , Perak
5. Gabungan Medan Info Desa , Terengganu
6. PJK Kg. Ubai , Kuantan , Pahang

Segulung tahniah diucapkan kepada pasukan yang telah berjaya. Pihak MSC Malaysia yakin bahawa kesemua pasukan terpilih akan dapat melaksanakan aktiviti yang dirancang bagi menjayakan Karnival Usahawan dan ICT ini dengan cemerlang. Segala kerjasama dan sokongan pihak tuan/puan dalam menjayakan program ini amatlah kami hargai dan didahulukan dengan ribuan terima kasih.

Friday, July 23, 2010

Karnival Keusahawanan Sosial 2010

Ekspo Sinar Rakyat

Ekspo Sinar Rakyat sempena Karnival Keusahawan Sosial PID 2010 anjuran Pusat Internet Desa Bukit Kayu Hitam (PID) telah diadakan dari 1 hingga 20 Julai 2010. Program ini akan diadakan selama dua puluh hari dengan berbagai aktiviti menarik seperti pameran, karnival jualan, cabutan bertuah dan banyak lagi telah dilaksanakan. Sebanyak 40 ruang niaga dan 10 pameran telah disediakan dalam menjayakan Ekspo ini. Walau bagaimanapun Ekspo jualan telah dilanjutkan hingga ke 23 Julai 2010 dan Majlis penutup serta cabutan bertuah juga diadakan pada 23 Julai 2010 jam 10.00 malam. Hadiah utama cabutan bertuah adalah sebuah motosikal dengan berbagai lagi hadiah menarik.

Ekspo Sinar Rakyat telah diadakan di tapak Letak Kereta Majlis Daerah Kubang Pasu berhadapan Kompleks Changlun. Ekspo jualan usahawan telah berlangsung dari 1 hingga 20 Julai 2010, sementera pameran agensi kerajaan pula diadakan pada 16 hingga 18 Julai 2010. Majlis Perasmian diadakan pada 18 Julai 2010 jam 2.30 petang yang telah disempurnakan oleh En. Zulfitri bin Yaccob selaku Pegawai Khas kepada YB Dato' Wira Mohd Johari Baharum, Timbalan Menteri Pertanian, Industri Asas Tani merangkap ahli Parliman Kubang Pasu. Turut hadir Puan Faudziah bt Mohd Amin, Ketua Penolong Setiausaha Jurang Digital Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan. Turut menjayakan adalah semua PID Zon Utara iaitu PID Kuala Nerang, PID Yan, PID Kupang, PID Simpang Empat, PID Tasek Gelugor dan PID Balek Pulau.

Anyata aktiviti yang diadakan adalah;
- Acara Pentas

- Auto Show

- Cabutan Bertuah

- Expo Jualan Usahawan

- Majlis Perasmian

- Mewarna Kanak-Kanak

- Pameran Agensi

- Pameran Kelab Kereta Lama

- Persembahan Kesenian

- Pertandingan Karaoke

- Pertunjukan Basikal BMX

- Pertunjukan/Pertandingan Audio Sistem

- Pertunjukan/Pertandingan Skuter

- Studio Mini KedahFM

- Sukaneka

- Teka Jumlah Coklat


Thursday, July 15, 2010

Karnival Usahawan & ICT 2010

Pertandingan ini merupakan satu inisiatif ICT Kebangsaan dari Multimedia Super Corridor (MSC) Malaysia dalam usaha merangsang minda komuniti bagi menghasilkan karnival usahawan dan ICT yang menarik di samping menjana pembangunan kandungan tempatan.

“Karnival Usahawan & ICT” yang dikenali juga sebagai “Karnival U&I” telah bermula pada tahun 2009. Kertas cadangan telah diterima dari telecenter dan pusat komuniti dari seluruh negara dan 6 kertas cadangan telah terpilih untuk diimplementasikan.

Pertandingan ini terbuka kepada masyarakat luar bandar dengan kerjasama Telecentre/ Pusat Internet/ Pusat Komuniti.
Bagi tahun 2010, PID Bukit Kayu Hitam turut menghantar satu kertas kerja bersama gabungan PID Zon Utara bagi menganjurkan Karnival ini yang dirancang diadakan di Kuala Nerang pada bulan November 2010. Diharap kertas kerja yang dihantar akan diterima sebagai 6 peserta. Sama-sama kita nantikan keputusannya nanti.








Sebarang Maklumat lanjut sila layari http://karnivalusahawandanict2010.blogspot.com/

Monday, June 21, 2010

KKS - Ekspo Sinar Rakyat



Pusat Internet Desa Bukit Kayu Hitam, dibawah Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan telah diberi tanggungjawab bagi melaksanakan Karnival Keusahawanan Sosial PID 2010. Mini Ekspo Karnival yang dikenali sebagai Ekspo Sinar Rakyat akan diadakan di tapak Letak Kereta berhadapan Kompleks Changlun. Pemilihan tapak ini adalah kerana kesesuaian serta lokasinya yang menjadi tumpuan umum.

Karnival Keusahawanan Sosial 2010 berlangsung selama sebulan iaitu dari 16 Jun 2010 hingga 18 Julai 2010 dengan mengetengahkan tiga (3) aktiviti khusus iaitu Bengkel Portal PID, e-Karnival dan Mini Ekspo jualan dan pameran usahawan. Bengkel Portal PID bertujuan melatih komuniti dalam penggunaan kemudahan portal yang telah disediakan secara percuma seperti memiliki e-kedai bagi mempromosikan produk dan perkhidmatan untuk semua usahawan secara percuma. E-Karnival adalah aktiviti jual beli secara dalam talian dengan setiap usahawan akan mengetengahkan produk secara online menerusi blog, laman web dan sebagainya. Seterusnya Mini Ekspo Karnival pula akan memberi peluang kepada usahawan dalam mempromosi produk dalam usaha merangsang pembangunan ekonomi dan sosial komuniti setempat terutama usahawan bumiputera.

Hampir 30 booth pameran akan disediakan untuk usahawan serta agensi kerajaan dalam menjayakan program ini. Ekspo jualan usahawan akan berlangsung dari 1 hingga 20 Julai 2010, sementera pameran agensi kerajaan pula akan diadakan pada 16 hingga 18 Julai 2010. Majlis Perasmian pula dijangka pada 18 Julai 2010. Pelbagai aktiviti menarik akan diadakan seperti forum agama, persembahan kesenian, wayang kulit, sukaneka, mewarna dan lain-lain yang akan memeriahkan lagi ekspo.

Sila hubungi PID Bukit Kayu Hitam di talian 04-9222003 atau terus kepada Pengurus PID (En Razi) 012-5210672.

Autoshow Alor Setar