Pada 6 Oktober 2009 PID Bukit Kayu Hitam telah dilawati oleh saudara Muhammad Khairul Munawwar b Ismail selaku Pengurus Pusat Komuniti ITU-UUM Kampung Lembah Keriang sebagai lawatan muhibah persahabatan mengeratkan lagi hubungan di antara pusat komuniti. Tujuan lawatan berliau adalah bagi membincangkan aktiviti yang boleh dijalankan secara bersama terutama untuk program GEW'09 yang akan dijalankan pada bulan November 2009.
Karnival Keusahawanan PID atau PID Entrepreneurship Fair adalah sebuah program keusahawanan yang telah dilancarkan pada tahun 2008. lanya melibatkan penyertaan aktif warga PID dan komuniti setempat dalam melaksanakan pelbagai aktiviti bertemakan keusahawanan.
Selaras dengan aspirasi mewujudkan usahawan global, PID Entrepreneurship Fair'09 tahun ini akan mengambil pendekatan yang berbeza. Jika pada tahun pertama, warga PID hanya terlibat dalam perlaksanaan aktiviti keusahawanan, tahun kedua ini akan memperlihatkan keupayaan warga PID dalam merangka, mentadbirsekaligus melaksanakan aktiviti-aktiviti keusahawanan.
Matlamat utama program ini adalah untuk melahirkan para usahawan baru di kalangan komuniti luar bandar dan memupuk minda keusahawanan yang bukan sahaja dapat mewujudkan komuniti yang berdaya saing malah dapat menzahir dan membantu melaksanakan agenda negara untuk melahirkan rakyat Malaysia yang inovatif dan berwawasan.
PID New Entrepreneurship Awards 2009
Terbuka kepada semua ahli Kelab Usahawan Sosial di Malaysia
Pencalonan Bermula 9 September 2009 hingga 2 November 2009
Calon wajib membina blog sebagai asas penilaian.
Blog perlu mengandungi Latar belakang calun/usahawan, Latar belakang perniagaan, no daftar perniagaan serta aktiviti perniagaan yang dijalankan.
Tiga calon terbaik akan menerima anugerah yang akan disampaikan sem asa Minggu Keusahawanan Global (GEW) pada 16-22 November 2009
PID Digital Story Telling Awards 2009
Terbuka kepada semua pengguna PID seluruh Malaysia
Pertandingn bermula 9 september 2009 hingga 2 November 2009
Setiap DST perlu dihantar menggunakan CD
Penilaian berasaskan menepati tema/asli, kreativiti penceritaan, penerapan konsep/nilai satu malaysia dan elemen menarik lain.
Hadiah pertama : Barangan elektronik bernilai RM3000 & sijil
Hadiah kedua : Barangan elektronik bernilai RM1500 & sijil
Hadiah ketiga : Barangan elektronik bernilai RM750 & sijil
7 hadiah saguhati bernilai RM200 & sijil
PID Bukit Kayu Hitam adalah antara 32 PID dan MID yang telah dilantik sebagai wakil sah perkhidmatan sistem ePerolehan pada Ogos 2009 dibawah program eP@DESA. Program ini adalah inisiatif Kem. Kewangan Malaysia (MOF) dengan kerjasama Kem. Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) dan Kem. Kemajuan Luar Bandar & Wilayah (KKLW) telah bekerjasama menyediakan kemudahan perkhidmatan ePerolehan bagi usahawan di luar bandar melalui Pusat Internet Desa (PID) dan Medan Info Desa (MID) di seluruh Malaysia.
Peserta Kursus eP@DESA bergambar bersama pihak ePerolehan dan Pn Faudziah.
Semua wakil 32 PID dan MID telah dilatih untuk membantu usahawan dan bakal usahawan mengenal dan menggunakan sistem ePerolehan untuk berurusan dengan agensi Kerajaan.
Di samping berkunjung ke Pusat ePerolehan yang terdapat di seluruh negara, para usahawan dan bakal usahawan boleh mengunjungi PID atau MID yang berdekatan untuk mendapat perkhidmatan rundingan bagi Pendaftaran dengan Kementerian Kewangan, penggunaan sistem ePerolehan untuk bertransaksi dengan agensi Kerajaan, dan jualan produk ePerolehan.