Sunday, October 18, 2009
Thursday, October 8, 2009
Wednesday, October 7, 2009
Lawatan oleh Pengurus Pusat Komuniti ITU-UUM
Lawati juga lama blog Pusat Komuniti ITU-UUM
Thursday, October 1, 2009
Thursday, September 17, 2009
Thursday, September 10, 2009
PID Entrepreneurs Fair 2009
Karnival Keusahawanan PID atau PID Entrepreneurship Fair adalah sebuah program keusahawanan yang telah dilancarkan pada tahun 2008. lanya melibatkan penyertaan aktif warga PID dan komuniti setempat dalam melaksanakan pelbagai aktiviti bertemakan keusahawanan.
Selaras dengan aspirasi mewujudkan usahawan global, PID Entrepreneurship Fair'09 tahun ini akan mengambil pendekatan yang berbeza. Jika pada tahun pertama, warga PID hanya terlibat dalam perlaksanaan aktiviti keusahawanan, tahun kedua ini akan memperlihatkan keupayaan warga PID dalam merangka, mentadbir sekaligus melaksanakan aktiviti-aktiviti keusahawanan.
Matlamat utama program ini adalah untuk melahirkan para usahawan baru di kalangan komuniti luar bandar dan memupuk minda keusahawanan yang bukan sahaja dapat mewujudkan komuniti yang berdaya saing malah dapat menzahir dan membantu melaksanakan agenda negara untuk melahirkan rakyat
PID New Entrepreneurship Awards 2009
- Terbuka kepada semua ahli Kelab Usahawan Sosial di Malaysia
- Pencalonan Bermula 9 September 2009 hingga 2 November 2009
- Calon wajib membina blog sebagai asas penilaian.
- Blog perlu mengandungi Latar belakang calun/usahawan, Latar belakang perniagaan, no daftar perniagaan serta aktiviti perniagaan yang dijalankan.
- Tiga calon terbaik akan menerima anugerah yang akan disampaikan sem asa Minggu Keusahawanan Global (GEW) pada 16-22 November 2009
PID Digital Story Telling Awards 2009
- Terbuka kepada semua pengguna PID seluruh Malaysia
- Pertandingn bermula 9 september 2009 hingga 2 November 2009
- Setiap DST perlu dihantar menggunakan CD
- Penilaian berasaskan menepati tema/asli, kreativiti penceritaan, penerapan konsep/nilai satu malaysia dan elemen menarik lain.
Hadiah kedua : Barangan elektronik bernilai RM1500 & sijil
Hadiah ketiga : Barangan elektronik bernilai RM750 & sijil
7 hadiah saguhati bernilai RM200 & sijil
Borang penyertaan DST '09 di sini.Borang DST
Sunday, August 30, 2009
Selamat Hari Merdeka ke 52
Thursday, August 20, 2009
Monday, August 10, 2009
eP@DESA


Peserta Kursus eP@DESA bergambar bersama pihak ePerolehan dan Pn Faudziah.
Semua wakil 32 PID dan MID telah dilatih untuk membantu usahawan dan bakal usahawan mengenal dan menggunakan sistem ePerolehan untuk berurusan dengan agensi Kerajaan.
Di samping berkunjung ke Pusat ePerolehan yang terdapat di seluruh negara, para usahawan dan bakal usahawan boleh mengunjungi PID atau MID yang berdekatan untuk mendapat perkhidmatan rundingan bagi Pendaftaran dengan Kementerian Kewangan, penggunaan sistem ePerolehan untuk bertransaksi dengan agensi Kerajaan, dan jualan produk ePerolehan.

Lihat senarai untuk alamat PID dan MID.
Perkhidmatan
- Pendaftaran Sijil Kementerian Kewangan (MOF) untuk Lesen Kewangan Syarikat Sdn. Bhd, Syarikat Berhad, Enterprise dan Pertubuhan.
- Memperbaharui Lesen Kementerian Kewangan.
- Penambahan Bidang.
- Permohonan Status Bumiputera.
- Kemaskini Profail Syarikat
- Smartcard ePerolehan
- Produk Nilai tambah ePerolehan
- Khidmat nasihat & bimbingan penggunaan sistem ePerolehan
- Taklimat dan bengkel ePerolehan
Klik disini untuk ke Laman web ePerolehan.
Wednesday, August 5, 2009
Tuesday, July 14, 2009
Latihan e-Services (Fasa 3B)
Latihan e-Services bagi PID Bukit Kayu Hitam kumpulan 2 telah diadakan pada 9 - 12 Julai 2009 bertempat di PID Bukit kayu Hitam. Latihan ini telah dihadiri oleh seramai 7 orang peserta yang terdiri dari ahli KUSPID dan ahli PID sendiri. Pada sesi pagi hari pertama iaitu pada 9 Julai 2009, dimulakan dengan penerangan berkenaan program serta rasional program ini diadakan. Sesi yang berlangsung dari jam 9.00 pagi hingga 12.00 tgh ini merangkumi Pengenalan kepada e-Kerajaan dan e-Pembelajaran. Dalam e-Kerajaan peserta telah diberi penerangan berkenaan kerajaan elaktronik itu sendiri serta peranan dan fungsi portal MyEG. Disamping itu turut disentuh adalah berkenaan MDEC dan portal virtual Malaysia. Dalam sesi e-Pembelajaran pula
Peserta sedang mengikuti latihan
Sesi kedua hari pertama sebelah petang, latihan diteruskan untuk tajuk e-Perdagangan dimana antara peserta telah mempelajari berkaitan tajuk pengenalan e-Dagang dan kemudahan portal Agribazaar dimana peserta diberi peluang untuk mendaftar dan diterangkan cara menggunakan portal Agribazaar. Turut disentuh adalah tajuk e-Perolehan secara ringkas dan juga menyentuh tajuk online Payment Gateways serta laman Lelong.com.my
Hari kedua sesi pagi diadakan pada 10 Julai 2009 telah mempelajari tajuk Portal PID yang meliputi Laman Utama
Pada sesi petang pula , latihan masih lagi dalam tajuk Portal PID yang merangkumi bahagian Kalender Peristiwa, Galeri Media, Forum.
Sesi seterusnya disambung pada hari ketiga iaitu pada 12 Julai 2009, sesi pagi dengan menyentuh tajuk e-Kedai dalam Portal PID. Setiap peserta diajar menggunakan ruangan eKedai dimana setiap peserta diberi ekedai masing-masing.
Jamuan makan peserta
Penyampaian cenderamata untuk peserta
Pemenang Acara Treasure Hunt
Gambar bersama peserta kursus.
-
Keusahawanan Sosial ( Social Entrepreneurship ) akhir-akhir ini menjadi semakin popular terutama selepas salah seorang tokohnya Dr. Muham...





