
Salam AidilFitri buat semua pengunjung laman blog ini.
Karnival Keusahawanan PID atau PID Entrepreneurship Fair adalah sebuah program keusahawanan yang telah dilancarkan pada tahun 2008. lanya melibatkan penyertaan aktif warga PID dan komuniti setempat dalam melaksanakan pelbagai aktiviti bertemakan keusahawanan.
Selaras dengan aspirasi mewujudkan usahawan global, PID Entrepreneurship Fair'09 tahun ini akan mengambil pendekatan yang berbeza. Jika pada tahun pertama, warga PID hanya terlibat dalam perlaksanaan aktiviti keusahawanan, tahun kedua ini akan memperlihatkan keupayaan warga PID dalam merangka, mentadbir sekaligus melaksanakan aktiviti-aktiviti keusahawanan.
Matlamat utama program ini adalah untuk melahirkan para usahawan baru di kalangan komuniti luar bandar dan memupuk minda keusahawanan yang bukan sahaja dapat mewujudkan komuniti yang berdaya saing malah dapat menzahir dan membantu melaksanakan agenda negara untuk melahirkan rakyat




Satu peluang untuk anda meneroka kreativiti organisasi anda serta meningkatkan profil dan meningkatkan laman web anda ke seluruh Malaysia dan dunia.
POeCC09 kali ini merupakan pertandingan Laman Web Terbuka kepada semua pusat e-Komuniti dan juga Badan Bukan Kerajaan (NGO) dari Negeri Pulau Pinang, Perlis, Kedah dan Perak. Laman web yang dipertanding mestilah mempunyai maklumat yang informatif, interaktif serta mesra pengguna khususnya untuk capaian dan manfaat komuniti
Hadiah-Hadiah
Hasil karya dan laman web yang terbaik daripada salah satu subkategori akan menerima hadiah yang menarik.
Trofi ‘Cabaran PDC’ bagi laman web yang terbaik dari kategori Pusat e-Komuniti dan Organisasi Badan Bukan Kerajaan
Hadiah Pertama: RM3,000 dan trofi POeCC09
Hadiah Kedua: RM2,000 dan trofi POeCC09
Hadiah Ketiga: RM1,000 dan trofi POeCC09
5 hadiah saguhati: RM500 setiap pemenang
Hadiah Pertama: RM3,000 dan trofi POeCC09
Hadiah Kedua: RM2,000 dan trofi POeCC09
Hadiah Ketiga: RM1,000 dan trofi POeCC09