Sunday, August 30, 2009

Selamat Hari Merdeka ke 52



Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Negara ke-52. 1 Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.

Thursday, August 20, 2009

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan



Selamat menyambut bulan Ramadhan kepada semua ahli PID dan KUS serta pengunjung laman blog ini.

Monday, August 10, 2009

eP@DESA



PID Bukit Kayu Hitam adalah antara 32 PID dan MID yang telah dilantik sebagai wakil sah perkhidmatan sistem ePerolehan pada Ogos 2009 dibawah program eP@DESA. Program ini adalah inisiatif Kem. Kewangan Malaysia (MOF) dengan kerjasama Kem. Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) dan Kem. Kemajuan Luar Bandar & Wilayah (KKLW) telah bekerjasama menyediakan kemudahan perkhidmatan ePerolehan bagi usahawan di luar bandar melalui Pusat Internet Desa (PID) dan Medan Info Desa (MID) di seluruh Malaysia.



Peserta Kursus eP@DESA bergambar bersama pihak ePerolehan dan Pn Faudziah.


Semua wakil 32 PID dan MID telah dilatih untuk membantu usahawan dan bakal usahawan mengenal dan menggunakan sistem ePerolehan untuk berurusan dengan agensi Kerajaan.

Di samping berkunjung ke Pusat ePerolehan yang terdapat di seluruh negara, para usahawan dan bakal usahawan boleh mengunjungi PID atau MID yang berdekatan untuk mendapat perkhidmatan rundingan bagi Pendaftaran dengan Kementerian Kewangan, penggunaan sistem ePerolehan untuk bertransaksi dengan agensi Kerajaan, dan jualan produk ePerolehan.



Lihat
senarai untuk alamat PID dan MID.



Perkhidmatan

  • Pendaftaran Sijil Kementerian Kewangan (MOF) untuk Lesen Kewangan Syarikat Sdn. Bhd, Syarikat Berhad, Enterprise dan Pertubuhan.
  • Memperbaharui Lesen Kementerian Kewangan.
  • Penambahan Bidang.
  • Permohonan Status Bumiputera.
  • Kemaskini Profail Syarikat
  • Smartcard ePerolehan
  • Produk Nilai tambah ePerolehan
  • Khidmat nasihat & bimbingan penggunaan sistem ePerolehan
  • Taklimat dan bengkel ePerolehan
Sebarang maklumat lanjut sila hubungi kami terus di PID Bukit Kayu Hitam atau tel 049222003.

Klik disini untuk ke Laman web ePerolehan.



Tuesday, July 14, 2009

Latihan e-Services (Fasa 3B)



Latihan e-Services bagi PID Bukit Kayu Hitam kumpulan 2 telah diadakan pada 9 - 12 Julai 2009 bertempat di PID Bukit kayu Hitam. Latihan ini telah dihadiri oleh seramai 7 orang peserta yang terdiri dari ahli KUSPID dan ahli PID sendiri. Pada sesi pagi hari pertama iaitu pada 9 Julai 2009, dimulakan dengan penerangan berkenaan program serta rasional program ini diadakan. Sesi yang berlangsung dari jam 9.00 pagi hingga 12.00 tgh ini merangkumi Pengenalan kepada e-Kerajaan dan e-Pembelajaran. Dalam e-Kerajaan peserta telah diberi penerangan berkenaan kerajaan elaktronik itu sendiri serta peranan dan fungsi portal MyEG. Disamping itu turut disentuh adalah berkenaan MDEC dan portal virtual Malaysia. Dalam sesi e-Pembelajaran pula
merangkumi tajuk e-Pembalajaran itu sendiri, i-Teacher dan Edunovice.


Peserta sedang mengikuti latihan

Sesi kedua hari pertama sebelah petang, latihan diteruskan untuk tajuk e-Perdagangan dimana antara peserta telah mempelajari berkaitan tajuk pengenalan e-Dagang dan kemudahan portal Agribazaar dimana peserta diberi peluang untuk mendaftar dan diterangkan cara menggunakan portal Agribazaar. Turut disentuh adalah tajuk e-Perolehan secara ringkas dan juga menyentuh tajuk online Payment Gateways serta laman Lelong.com.my.

Hari kedua sesi pagi diadakan pada 10 Julai 2009 telah mempelajari tajuk Portal PID
yang meliputi Laman Utama Portal serta fungsi portal PID seterusnya mendaftar sebagai pengguna portal. Antara tajuk yang turut disentuh adalah fungsi ruangan e-Kerajaan dalam Portal PID serta e-Pembelajaran.















Pada sesi petang pula , latihan masih lagi dalam tajuk Portal PID yang merangkumi bahagian Kalender Peristiwa, Galeri Media, Forum.



Sesi seterusnya disambung pada hari ketiga iaitu pada 12 Julai 2009, sesi pagi dengan menyentuh tajuk e-Kedai dalam Portal PID. Setiap peserta diajar menggunakan ruangan eKedai dimana setiap peserta diberi ekedai masing-masing.



Sesi petang pula iaitu sesi terakhir latihan masih lagi berkenaan Portal PID yang meliputi tajuk Pid Tv dan Iklaneka. Sebagai menguji pemahaman peserta yang mengikuti latihan ini mereka telah menyertai aktiviti Treasure Hunt yang meminta mereka mencari klu dari maklumat yang telah dipelajari dalam Portal PID. Ia adalah aktiviti berbentuk pertandingan dimana peserta yang terawal menyiapkan tugasan ini dikira pemenang dan diberi hadiah. Akhir sekali peserta ,telah diberi kertas ujian sebagai melengkapkan sesi latihan bagi menguji tahap pemahaman semasa latihan dijalankan.



Jamuan makan peserta



Penyampaian cenderamata untuk peserta



Pemenang Acara Treasure Hunt


Gambar bersama peserta kursus.

Thursday, June 11, 2009

Latihan e-Services (Fasa 3A)



Latihan e-Services bagi PID Bukit Kayu Hitam kumpulan 1 telah diadakan pada 1 - 8 Jun 2008 bertempat di PID Bukit kayu Hitam. Latihan ini telah dihadiri oleh seramai 5 orang peserta yang terdiri dari ahli KUSPID dan ahli PID sendiri. Pada sesi hari pertama iaitu pada 1 Jun 2009, dimulakan dengan penerangan berkenaan program serta rasional program ini diadakan. Sesi yang berlangsung dari jam 9.00 pagi hingga 12.00 tgh ini merangkumi Pengenalan kepada e-Kerajaan dan
e-Pembelajaran. Dalam e-Kerajaan peserta telah diberi penerangan berkenaan kerajaan elaktronik itu sendiri serta peranan dan fungsi portal MyEG. Disamping itu turut disentuh adalah berkenaan MDEC dan portal virtual Malaysia. Dalam sesi e-Pembelajaran pula merangkumi tajuk e-Pembalajaran itu sendiri, i-Teacher dan Edunovice.



Antara tajuk yang disentuh.



Antara peserta yang mengikuti latihan.

Pada hari kedua iaitu pada 2 Jun 2009, latihan diteruskan untuk tajuk e-Perdagangan dimana antara peserta telah mempelajari berkaitan
tajuk pengenalan e-Dagang dan kemudahan portal Agribazaar dimana peserta diberi peluang untuk mendaftar dan diterangkan cara menggunakan portal Agribazaar. Turut disentuh adalah tajuk e-Perolehan secara ringkas dan juga menyentuh tajuk online Payment Gateways serta laman Lelong.com.my.

Hari ketiga diadakan pada 3 Jun 2009 telah mempelajari tajuk Portal PID
yang meliputi Laman Utama Portal serta fungsi portal PID seterusnya mendaftar sebagai pengguna portal. Antara tajuk yang turut disentuh adalah fungsi ruangan e-Kerajaan dalam Portal PID serta e-Pembelajaran.

Pada hari keempat pula iaitu pada 4 Jun 2009, latihan masih lagi dalam tajuk Portal PID yang merangkumi bahagian
Kalender Peristiwa, Galeri Media, Forum.

Hari Kelima diteruskan pada 7 Jun 2009 dengan menyentuh tajuk e-Kedai dalam Portal PID. Setiap peserta diajar menggunakan ruangan eKedai dimana setiap peserta diberi ekedai masing-masing.



Hari keenam pula iaitu pada 8 Jun 2009 adalah hari terakhir dimana
latihan masih lagi berkenaan Portal PID yang meliputi tajuk Pid Tv dan Iklaneka. Sebagai menguji pemahaman peserta yang mengikuti latihan ini mereka telah menyertai aktiviti Treasure Hunt yang meminta mereka mencari klu dari maklumat yang telah dipelajari dalam Portal PID. Ia adalah aktiviti berbentuk pertandingan dimana peserta yang terawal menyiapkan tugasan ini dikira pemenang dan diberi hadiah. Akhir sekali peserta ,telah diberi kertas ujian sebagai melengkapkan sesi latihan bagi menguji tahap pemahaman semasa latihan dijalankan.



Saturday, May 23, 2009

C A B A R A N e-KREATIF TERBUKA PULAU PINANG 2009

PID Bukit Kayu Hitam tidak ketinggalan dalam menyertai Cabaran e-KREATIF TERBUKA PULAU PINANG 2009 menerusi laman web PID iaitu http://bktkayuhitam.pid.net.my.



Satu peluang untuk anda meneroka kreativiti organisasi anda serta meningkatkan profil dan meningkatkan laman web anda ke seluruh Malaysia dan dunia.

POeCC09 kali ini merupakan pertandingan Laman Web Terbuka kepada semua pusat e-Komuniti dan juga Badan Bukan Kerajaan (NGO) dari Negeri Pulau Pinang, Perlis, Kedah dan Perak. Laman web yang dipertanding mestilah mempunyai maklumat yang informatif, interaktif serta mesra pengguna khususnya untuk capaian dan manfaat komuniti


Hadiah-Hadiah

Hasil karya dan laman web yang terbaik daripada salah satu subkategori akan menerima hadiah yang menarik.


  • Hadiah Utama

Trofi ‘Cabaran PDC’ bagi laman web yang terbaik dari kategori Pusat e-Komuniti dan Organisasi Badan Bukan Kerajaan


  • Kategori Terbuka ( Laman Web Pusat e-Komuniti)

Hadiah Pertama: RM3,000 dan trofi POeCC09

Hadiah Kedua: RM2,000 dan trofi POeCC09

Hadiah Ketiga: RM1,000 dan trofi POeCC09

5 hadiah saguhati: RM500 setiap pemenang


  • Kategori Terbuka ( Laman Web Organsasi Badan Bukan Kerajaan)

Hadiah Pertama: RM3,000 dan trofi POeCC09

Hadiah Kedua: RM2,000 dan trofi POeCC09

Hadiah Ketiga: RM1,000 dan trofi POeCC09

5 hadiah saguhati: RM 500 setiap pemenang

Laman web :
www. pdc.gov.my/page.cfm?name=POeCC09

Keputusan Pertandingan


Trofi Cabaran PDC

Chef Association of Malaysia Penang Chapter


Kategori Pusat eKomuniti


1. Pusat Perkhidmatan Ilmu Dan Komuniti (PPIK) Titi Teras, Balik Pulau, Pulau Pinang
2. Perpustakaan Desa PNM Titi Teras, Balik Pulau, Pulau Pinang
3. Pusat Internet Desa Yan, Kedah

Saguhati
Pusat Internet Desa Bukit Kayu Hitam, Kedah
Pusat Internet Desa Balik Pulau, Pulau Pinang
Pusat Internet Desa Kuala Kurau, Perak
Pusat Jalurlebar Komuniti Cawangan Sik, Kedah
Perpustakaan Jalurlebar Tokai, Kedah

Kategori Badan Bukan Kerajaan (NGO)
1. Chef Association of Malaysia Penang Chapter
2. Persatuan Pendidikan Seni Pulau Pinang
3. Persatuan Memancing Pulau Pinang

Saguhati
St John Ambulans Malaysia, Pulau Pinang
Persatuan Kanak-Kanak Cerebral Palsy (Spastik) Pulau Pinang
Bulan Sabit Merah Malaysia
Perak Amateur Radio Transmitters Society
Jawatankuasa Portal www.indianmuslim.com.my

Wednesday, March 11, 2009

Soalselidik Oleh UUM



Pada 11 Mac 2009 telah PID Bukit Kayu Hitam telah dilawati oleh Puan Zahurin bt Mat Aji bagi menjalankan kajian penggunaan Telecentre di Malaysia. Beliau telah menemuramah secara persendirian beberapa pengguna PID yang mengunjungi PID pada hari tersebut.

Friday, February 20, 2009

Pesanan

Cara Membuat Pesanan

Tinggalkan maklumat lengkap seperti berikut;

Nama:
Alamat:
No. Tel:
No. HP
Jenis Produk:
Bayaran:

Hantar ke email giead@yahoo.com

Kaedah Penghantaran mengikut jenis barang iaitu menerusi;
- Pos Laju
- Pos Ekpress
- Parcel

Penghantaran barang hanya akan dibuat setelah bayaran telah diterima.

Wednesday, January 21, 2009

Lawatan Oleh warisan Global

Pada 20 Januari 2009, PID Bukit Kayu Hitam telah dilawati oleh wakil dari WG yang diketuai oleh En. Azul.








Autoshow Alor Setar