Wednesday, July 16, 2008

Rancangan Perniagaan

Apa itu Rancangan Perniagaan (Business Plan) ?

  • Satu dokumen bertulis yang menerangkan secara menyeluruh tentang perniagaan atau projek yang hendak dijalankan.
  • Merupakan pelan induk perniagaan yang menerangkan kajian-kajian yang telah dibuat dan langkah-langkah yang akan diambil pada masa hadapan untuk membangunkan perniagan, ramalan dan jangkaan serta cara-cara pelaksanaan strategi perniagaan.

Kegunaan

Rancangan Perniagaan disediakan oleh bakal usahawan dan perniagaan yang sediada untuk tujuan-tujuan tertentu seperti berikut :

  • Membolehkan usahawan melihat dan menilai projek secara objektif, kritikal dan praktikal.
    Menjadi garis panduan untuk pengurusan perniagaan.
  • Mengkaji dan menilai sama ada projek yang akan dilaksanakan berdayamaju atau sebaliknya.
  • Meyakinkan pihak-pihak tertentu terhadap idea-idea perniagaan dan sebagai asas bagi cadangan pembiayaan.
  • Mengagihkan sumber-sumber yang terhad dengan lebik baik.

Pengumpulan Maklumat Penyediaan

  • Rekod dan data dalaman sesebuah perniagaan
    Statistik
  • Data ekonomi
  • Data perdagangan
  • Penyelidikan pasaran

Kandungan (RP)

  1. Jadual Kandungan
  2. Ringkasan eksekutif RP/sinopsis RP
  3. Pengenalan
  4. Tujuan Penyediaan RP
  5. Latar belakang perniagaan/syarikat
  6. Latar belakang pemilik
  7. Rancangan organisasi/pengurusan
  8. Rancangan pemasaran
  9. Rancangan pengeluaran/operasi
  10. Rancangan kewangan
  11. Jadual pelaksanaan projek
  12. Rumusan

Penyediaan (RP)


1. Pengenalan


Nama Syarikat
Jenis Perniagaan yang diceburi
barangan/perkhidmatan yang ditawarkan
lokasi premis
tarikh perniagaan dimulakan
latar belakang industri dan tren pasaran
Senario masa hadapan


2. Tujuan Penyediaan RP


Nyatakan sama ada:
memohon pembiayaan kewangan dari pihak-pihak tertentu
merancang pelaksanaan projek baru
untuk dijadikan garis panduan dalam menguruskan perniagaan
atau lain-lain tujuan


3. Latar Belakang Perniagaan/Syarikat


Nama perniagaan
Alamat, No. Telefon
Bentuk perniagaan
Kegiatan utama
Tarikh mula/hendak memulakan perniagaan
No. Pendaftaran Perniagaan
Modal permulaan, modal dibenar
Nama dan alamat pemegang saham
Nama bank (jika ada)
No. Akaun Perniagaan(jika ada)


4. Latar Belakang Pemilik/Ahli Kongsi/Pemegang Saham


Nama, alamat, no. telefon
Kelulusan akademik
Pengalaman/kemahiran


5. Rancangan Organisasi/Pengurusan


Matlamat dan strategi syarikat
Struktur/carta syarikat
Senarai kakitangan pengurusan
Senarai perjawatan
tanggungjawab setiap jawatan
imbuhan/gaji bagi setiap jawatan


6. Rancangan Pemasaran


Analisis Pasaran
untuk membuat ramalan jualan yang baik, maka perlu buat analisis keatas pelanggan, pasaran dan barangan/ perkhidmatan.
mengkaji arah aliran pasaran dalam industri bagi perniagaan yang dijalankan.
mengukur saiz pasaran iaitu jumlah potensi pasaran dalam sesuatu kawasan dalam jangkamasa tertentu (eg. setahun).
Barangan/Perkhidmatan - ciri-ciri serta kelebihan yang dimilikinya serta faedah-faedahnya.
Mengenalpasti pelanggan/pengguna barangan atau perkhidmatan tersebut.
Persaingan bagi barangan/perkhidmatan tersebut.
Ramalan Jualan
syer pasaran bagi barangan/perkhidmatan.
Strategi Pemasaran
Strategi pemasaran secara keseluruhan
bagaimana syarikat akan menghadapi persaingan
kelebihan perniagaan jika dibandingkan dengan pesaing dari segi, kualiti, harga, lokasi, imej dan sebagainya
Strategi barangan
faktor-faktor yang boleh menarik pelanggan
Strategi harga
penentuan harga
tawaran harga dan sebagainya.
Strategi Pengedaran
cara pengedaran dibuat
kos-kos yang terlibat
rancangan jangka pendek dan jangka panjang jualan tersebut
Strategi promosi
teknik-teknik promosi yang akan dijalankan
Belanjawan pemasaran


7. Rancangan Pengeluaran/Operasi


Barangan/perkhidmatan yang dikeluarkan termasuk kuantitinya.
Proses pengeluaran (jika bidang pembuatan)
Keupayaan pengeluaran
Rancangan pengeluaran
jumlah pengeluaran
keupayaan maksimum
penyimpanan stok
Senarai bahan mentah (jika ada)
Senarai buruh/pekerja terlibat dalam pengeluaran/perkhidmatan
Pengendalian mesin/peralatan


8. Rancangan Kewangan


Bahagian ini bertujuan untuk mempastikan sejauh mana kebenaran andaian-andaian yang dibuat berkaitan dengan pasaran, jualan dan kos-kos yang terlibat. Ramalan/andaian yang dibuat perlu realistik supaya ia boleh digunakan untuk penilaian dayamaju projek dan juga sebagai alat kawalan belanjawan.
Bahagian ini merangkumi :
Kos pelaksanaan projek
Sumber pembiayaan
modal sendiri
pinjaman bank
sewa beli
lain-lain
Proforma aliran tunai - bulanan dan tahunan (3 - 5 tahun)
Proforma Penyata Pendapatan - tahunan (3 - 5 tahun)
Analisis Titik Pulang Modal


9. Jadual Pelaksanaan ProjekUntuk menunjukkan peringkat-peringkat pelaksanaan sesuatu projek.


10. Rumusan/JustifikasiMemberi alasan kukuh bagi meyakinkan pihak-pihak tertentu tentang dayamaju projek/perniagaan tersebut.

Monday, June 9, 2008

Pengenalan PID Bukit Kayu Hitam



Bangunan PID Bukit Kayu Hitam bersebelahan Pejabat Pos Bukit Kayu Hitam

Kelab Usahawan Sosial PID Bukit Kayu Hitam adalah sebuah kelab menjalankan aktiviti keusahawanan komersil dan sosial dengan kelolaan dan sokongan Pusat Internet Desa. Ianya adalah sebuah kelab yang mengumpulkan usahawan-usahawan yang berkecimpung dalam pelbagai jenis perniagaan dalam menjalankan aktiviti berkaitan keusahawanan dalam memajukan lagi bidang perniagaan. Disamping itu ia juga sebuah kelab yang akan mewujudkan suasana keusahawanan yang baik antara usahawan menerusi pertukaran idea dan pengalaman dalam percambahan ilmu keusahawanan dalam membantu sesama sendiri.


Objektif Kelab Usahawan Sosial

  • Meluaskan jangkauan perkhidmatan PID kepada masyarakat setempat seterusnya memperkasakan masyarakat untuk melakukan aktiviti yang memberi impak positif kepada sosial, ekonomi dan alam sekitar mereka;
  • Untuk membantu masyarakat memahami konsep keusahawanan sosial;
  • Sebagai platform untuk berkongsi pengalaman dan pengetahuan berkaitan keusahawanan sosial;
  • Untuk melahirkan usahawan-usahawan baru termasuk usahawan sosial.

Kumpulan Sasaran

Kumpulan sasaran yang dikenalpasti untuk menjadi ahli kelab terdiri
daripada:
  • Pengguna PID;
  • Usahawan sedia ada;
  • Sesiapa yang berminat menjadi usahawan komersil dan usahawan sosial;
  • Ahli-ahli dari badan-badan sukarelawan.


Faedah – faedah Ahli Kelab Usahawan Sosial

  • Mendapat pengetahuan dan kemahiran untuk menjadi usahawan komersil atau usahawan sosial yang berjaya melalui pelbagai aktiviti seperti latihan, diskusi, pembangunan dan perlaksanaan rancangan perniagaan, rangkaian kerjasama dan aktiviti pengumpulan dana;
  • Menjadi sebahagian dari ahli rangkaian kerjasama kelab usahawan dari 40 PID seluruh Malaysia;
  • Diskaun ke atas penggunaan kemudahan serta perkhidmatan di PID seperti faks dan percetakan;
  • Keahlian PID secara percuma.

Monday, January 21, 2008

Selamat Datang

Selamat Datang ke laman blog razibakarblog. Terima kasih kerana sudi berkunjung disini. Blog ini diwujudkan bagi berkongsi pelbagai perkara yang aku fikirkan perlu dikongsi bersama. Semoga kalian beroleh manfaat dari blog aku yang tak seberapa ni. Nama aku Razi Bakar, berkhidmat sebagai Pengurus di Pusat Internet Desa Bukit Kayu Hitam sejak dari 3 November 2003 lagi iaitu sejak dari awak lagi penubuhan PID. Masa tu PID ni dibawah Kementerian Tenaga, Komunikasi & Multimedia (KTKM), kemudian ditujar ke Kementerian Tenaga, Air & komunikasi (KTAK). Aku adalah lulusan Ijazah Sarjana Muda Ekonomi dengan Kepujian dari UUM dari tahun 1999 hingga 2003. Telah menerima Ijazah pada 13 September 2003. Maknanya habis ja belajar kat UUM tu aku terus dapat kerja kat PID Bukit kayu Hitam ni la. Tugas utama aku di PID adalah memberi latihan ICT dengan mengadakan kelas/kursus komputer kepada komuniti berhampiran PID dengan misi merapatkan jurang digital.



Autoshow Alor Setar