Monday, November 2, 2009

Karnival Usahawan & ICT

Program Karnival Keusahawanan & ICT akan diadakan pada 11-12 Disember 2009 iaitu hari Jumaat dan Sabtu yang merupakan hari hujung minggu bagi negeri Kedah. Program ini akan diadakan selama dua hari dengan berbagai aktiviti menarik seperti bengkel, latihan, pemeran, karnival jualan, cabutan bertuah dan banyak lagi bakal dilaksanakan. Dijangkakan program ini akan dapat menarik ramai penyertaan dengan jangkaan sebanyak 30-40 ruang niaga dan pameran akan ditawarkan. Disamping itu bengkel ICT dan keusahawanan akan turut diadakan dengan harapan akan memberi pendedahan berguna kepada para usahawan dalam meluaskan pengetahuan dalam bidang ICT dalam memajukan lagi perusahaan mereka.

Lokasi : Felda Bukit Tangga Bukit Kayu Hitam
Tarikh : 11-12 Disember 2009
Masa : 8.00 pagi - 6.00 petang

Sebarang maklumat lanjut, sila hubungi

1. Muhamad Razi Bakar (Pengarah) 012-5210672
2. Muhammad Khairul Munawwar Ismail 019-4799551
(Timbalan Pengarah)
3. Mohd Fairose Bin Mohd Yaacob 012-5608204
(Urusetia )
4. Pejabat PID 04-9222003
5. Fax 04-9222003

Menerusi Laman web http://bktkayuhitam.pid.net.my
Atau blog www.kuspidbkh.blogspot.com
Atau emailkan kepada kuipiditu09@gmail.com

Global Entrepreneurship Week 2009

PID Bukit Kayu Hitam akan turut serta mengenjurkan beberapa aktiviti sempena Minggu Keusahawanan Global (GEW2009)


Tarikh : 11-22 November 2009


Tempat : PID Bukit Kayu Hitam


Antara aktiviti yang bakal diadakan sila klik pada gambar;




Berminat untuk sertai sila hubungi kami terus di PID Bukit kayu Hitam atau tel 04-9222003

Tuesday, October 27, 2009

UPDATE: Pertandingan Mencipta Konsep & Melaksana Karnival Usahawan & ICT

PID Bukit Kayu Hitam telah tersenarai antara 6 pasukan pelaksana untuk Pertandingan Mencipta Konsep & Melaksana Karnival Usahawan & ICT MDEC.





Tarikh Perlaksanaan adalah 11-12 Disember 2009

Mini MAHA Peringkat Negeri Kedah 2009

Tarikh : 24 - 25 Oktober 2009
Masa : 10.00 pagi hingga 10.00 malam
Tempat : Dataran Letak Kereta K
ompleks Changlun, Pekan Changlun, Kedah

Aktiviti Yang Dijalankan
  • Dirasmikan oleh Y.B. Datuk Seri Noh Bin Haji Omar pada 24 Oktober 2009 jam 10.00 pagi
  • Pameran oleh jabatan / agensi MoA
  • Jualan produk-produk pertanian dan industri asas tani
Gambar sekitar aktiviti

Pintu masuk utama






Demo Masakan



Pameran & Jualan Tanaman





Pameran & Jualan Keluaran MADA



Pameran Perikanan



Pameran Ternakan





Pameran Jentera Tani







Wednesday, October 7, 2009

Lawatan oleh Pengurus Pusat Komuniti ITU-UUM

Pada 6 Oktober 2009 PID Bukit Kayu Hitam telah dilawati oleh saudara Muhammad Khairul Munawwar b Ismail selaku Pengurus Pusat Komuniti ITU-UUM Kampung Lembah Keriang sebagai lawatan muhibah persahabatan mengeratkan lagi hubungan di antara pusat komuniti. Tujuan lawatan berliau adalah bagi membincangkan aktiviti yang boleh dijalankan secara bersama terutama untuk program GEW'09 yang akan dijalankan pada bulan November 2009.



Lawati juga lama blog Pusat Komuniti ITU-UUM

Thursday, September 17, 2009

Thursday, September 10, 2009

PID Entrepreneurs Fair 2009


Karnival Keusahawanan PID atau PID Entrepreneurship Fair adalah sebuah program keusahawanan yang telah dilancarkan pada tahun 2008. lanya melibatkan penyertaan aktif warga PID dan komuniti setempat dalam melaksanakan pelbagai aktiviti bertemakan keusahawanan.

Selaras dengan aspirasi mewujudkan usahawan global, PID Entrepreneurship Fair'09 tahun ini akan mengambil pendekatan yang berbeza. Jika pada tahun pertama, warga PID hanya terlibat dalam perlaksanaan aktiviti keusahawanan, tahun kedua ini akan memperlihatkan keupayaan warga PID dalam merangka, mentadbir sekaligus melaksanakan aktiviti-aktiviti keusahawanan.

Matlamat utama program ini adalah untuk melahirkan para usahawan baru di kalangan komuniti luar bandar dan memupuk minda keusahawanan yang bukan sahaja dapat mewujudkan komuniti yang berdaya saing malah dapat menzahir dan membantu melaksanakan agenda negara untuk melahirkan rakyat Malaysia yang inovatif dan berwawasan.



PID New Entrepreneurship Awards 2009

  • Terbuka kepada semua ahli Kelab Usahawan Sosial di Malaysia
  • Pencalonan Bermula 9 September 2009 hingga 2 November 2009
  • Calon wajib membina blog sebagai asas penilaian.
  • Blog perlu mengandungi Latar belakang calun/usahawan, Latar belakang perniagaan, no daftar perniagaan serta aktiviti perniagaan yang dijalankan.
  • Tiga calon terbaik akan menerima anugerah yang akan disampaikan sem asa Minggu Keusahawanan Global (GEW) pada 16-22 November 2009

PID Digital Story Telling Awards 2009

  • Terbuka kepada semua pengguna PID seluruh Malaysia
  • Pertandingn bermula 9 september 2009 hingga 2 November 2009
  • Setiap DST perlu dihantar menggunakan CD
  • Penilaian berasaskan menepati tema/asli, kreativiti penceritaan, penerapan konsep/nilai satu malaysia dan elemen menarik lain.
Hadiah pertama : Barangan elektronik bernilai RM3000 & sijil
Hadiah kedua : Barangan elektronik bernilai RM1500 & sijil
Hadiah ketiga : Barangan elektronik bernilai RM750 & sijil
7 hadiah saguhati bernilai RM200 & sijil

Borang penyertaan DST '09 di sini.Borang DST




Sunday, August 30, 2009

Selamat Hari Merdeka ke 52



Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Negara ke-52. 1 Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.

Autoshow Alor Setar