Design T-Shirt Untuk Program Karnival U&I Yan 2010, aku design sendiri t-shirt untuk program ni.
Pandangan Depan
Pandangan Belakang
Sunday, December 26, 2010
Tuesday, December 14, 2010
Saturday, December 4, 2010
Dalam Kenagan Bengkel ICT & Multimedia
Pada 30 November 2010 telah diadakan satu Bengkel ICT & Multimedia edisi khas dengan kerjasama Rukun Tetangga Yan dan SK Langkasuka Yan Kedah. Bengkel ini telah disertai seramai 40 orang peserta yang terdiri dari kalangan guru dan ahli rukan tetangga daerah Yan. Antara modul adalah photoscape, facebook dan blog. Bengkel ini telah dikendalikan oleh En. Hamizam Sahimi Pengurus PID Yan bersama Cik Siti Fatimah bt Ayob, Pengurus PID Kuala Nerang, En. Muhamad Razi bin Bakar, Pengurus PID Bukit Kayu Hitam dan Puan Siti Rahmah bt Samsudin Penolong Pengurus PID Yan.
Friday, November 26, 2010
Dalam Kenangan Menyertai Pameran di Karnival Usahawan & ICT ITU-UUM
Pada 24 & 25 November 2010 Pusat Internet Desa telah mengadakan pameran berkenaan PID di Kampung Tradisi Changlun, sempena Karnival Usahawan & ICT anjuran Pusat Komuniti ITU-UUM dan Pusat Komuniti Jalur Lebar (PJK). Antara PID yang turut serta adalah PID Bukit Kayu Hitam, PID Simpang Empat Perlis, PID Yan, PID Kuala Nerang dan PID Kupang.
Wednesday, October 20, 2010
Dalam Kenangan Bengkel Multimedia Kreatif Sesi 3
Bengkel Multimedia Kreatif
Karnival Usahawan & ICT 2010 PID Zon Utara
Hari Pertama
Tarikh : 18 Oktober 2010
Tempat : Makmal Komputer SMK Dato' Syed Ahmad Kuala Nerang Kedah
Peserta : 41 orang dikalangan pelajar dan Guru
Tempat : Makmal Komputer SMK Dato' Syed Ahmad Kuala Nerang Kedah
Peserta : 41 orang dikalangan pelajar dan Guru
Karnival Usahawan & ICT 2010 PID Zon Utara
Hari Pertama
Tarikh : 18 Oktober 2010
Tempat : Makmal Komputer SMK Dato' Syed Ahmad Kuala Nerang Kedah
Peserta : 41 orang dikalangan pelajar dan Guru
Bengkel Multimedia Kreatif PID Zon Utara untuk hari pertama sesi ketigatela h berjaya diadakan dengan penyertaan peserta yang amat menggalakkan dimana jumlah peserta yang hadir adalah seramai 41 orang. Peserta terdiri dari kalangan pelajar dan guru sekoleh berkenaan. Peserta dilihat berminat dengan memperlihatkan kesungguhan semasa bengkel dijalankan.
Bagi hari pertama antara modul yang telah dipelajari adalah modul photoscape iaitu bagaimana mengubahsuai serta menambah kesan ke dalam gambar yang telah diketuai oleh Cik Siti Fatimah Ayob selaku Ketua Jurulatih. Seterusnya peserta diajar menggunakan audasity iaitu bagaimana membuat rakaman suara dan memasukkan audio. Slot ini telah diajar oleh En Shahiran Mohamad Ali, Penolong Pengurus PID Kupang. Bagi slot petang pula peserta telah dilatih menggunakan modul photostory iaitu teknik menghasilkan video dengan gabungan gambar dan audio. Akhir sekali peserta diagihkan kepada kumpulan untuk menyediakan satu tugasan sebelum sesi hari pertama ditamatkan.
Hari Kedua
Tarikh : 18 Oktober 2010
Tempat : Makmal Komputer SMK Dato' Syed Ahmad Kuala Nerang Kedah
Peserta : 41 orang dikalangan pelajar dan Guru
Hari kedua bersambung dengan bengkel membina blog yang disampaikan oleh Puan Rahimawati dari PID Simpang Empat. Selesai membina blog akhir sekali peserta diuji menerusi aktiviti berkumpulan iaitu pertandingan Iron ICT yang merangkumi 5K iaitu Kepintaran, Kerjasama, Kecekapan, Kreativiti, Kepantasan dan Kerjasama. Permainan ini bertujuan menguji pemahaman peserta sepanjang mengikuti bengkel. Ini kerana setiap soalan yang diberikan adalah berdasarkan apa yang telah dipelajari oleh mereka sepanjang bengkel.
Monday, October 11, 2010
Dalam Kenangan Bengkel Multimedia Sesi 2
Bengkel Multimedia Kreatif
Karnival Usahawan & ICT 2010 PID Zon Utara
Hari Pertama 8 Oktober 2010
Dewan KEMAS Kg Lalang Baling Kedah.
Dewan KEMAS Kg Lalang Baling Kedah.
Karnival Usahawan & ICT 2010 PID Zon Utara
Hari Pertama 8 Oktober 2010
Dewan KEMAS Kg Lalang Baling Kedah.
Bengkel Multimedia Kreatif PID Zon Utara untuk hari pertama sesi kedua telah berjaya diadakan dengan penyertaan peserta yang amat menggalakkan dimana jumlah peserta yang hadir adalah seramai 36 orang. Rata-rata peserta terdiri daripada usahawan, guru, kakitangan KEMAS, pelajar dan belia. Peserta dilihat berminat dengan memperlihatkan kesungguhan semasa bengkel dijalankan.
Bagi hari pertama antara modul yang telah dipelajari adalah modul photoscape iaitu bagaimana mengubahsuai serta menambah kesan ke dalam gambar yang telah diketuai oleh Cik Siti Fatimah Ayob selaku Ketua Jurulatih. Seterusnya peserta diajar menggunakan audasity iaitu bagaimana membuat rakaman suara dan memasukkan audio. Slot ini telah diajar oleh En Shahiran Mohamad Ali, Penolong Pengurus PID Kupang. Bagi slot petang pula peserta telah dilatih menggunakan modul photostory iaitu teknik menghasilkan video dengan gabungan gambar dan audio. Sesi terakhir hari pertama diteruskan dengan sesi keusahawanan yang disampaian oleh Puan Siti Huraizah Abd Rahman, Pengurus PID Balik Pulau. Akhir sekali peserta diagihkan kepada kumpulan untuk menyediakan satu tugasan sebelum sesi hari pertama ditamatkan. Hasil perbincangan berkumpulan akan dipersembahkan pada perjumpaan hari kedua.
Hari Kedua 9 Oktober 2010
Dewan KEMAS Kg Lalang Baling Kedah.
Bengkel hari kedua sesi kedua bersambung dengan sesi pembentangan hasil kerja berkumpulan. Setiap kumpulan telah membentangkan hasil perbincangan masing-masing dengan persembahan yang menarik. Setiap aktiviti berkumpulan dinilai dan diberi markah bagi menentukan pemenang. Selesai sesi pembentangan sesi seterusnya adalah sesi membina DST. Bagi menjimatkan masa sesi DST telah dijalankan secara berkumpulan dimana setiap kumpulan menghasilkan sebuah DST hasil dari persmbahan awal tadi. Dalam sesi petang pula dimulakan dengan persembahan DST yang telah dihasilkan oleh peserta. Seterusnya sesi disambung dengan bengkel membina Blog yang telah diselia oleh Puan Siti Rahmah Samsuden, Penolong Pengurus PID Yan. Selesai membina blog akhir sekali peserta diuji menerusi aktiviti berkumpulan iaitu pertandingan e-explorace. Permainan ini bertujuan menguji pemahaman peserta sepanjang mengikuti bengkel. Ini kerana setiap soalan yang diberikan adalah berdasarkan apa yang telah dipelajari oleh mereka sepanjang bengkel.
Monday, September 20, 2010
eBiz- Pendrive Transcend 2G
Thursday, September 16, 2010
Thursday, September 9, 2010
Sunday, September 5, 2010
Bengkel Multimedia Kreatif
Bengkel Multimedia Kreatif
Karnival Usahawan & ICT 2010 PID Zon Utara
Karnival Usahawan & ICT 2010 PID Zon Utara
Hari Pertama
3 September 2010
Makmal Sekolah Kebangsaan Langkasuka, Yan Kedah.
Bengkel Multimedia Kreatif PID Zon Utara untuk hari pertama sesi pertama telah berjaya diadakan dengan penyertaan peserta yang amat menggalakkan dimana jumlah peserta yang hadir adalah seramai 39 orang daripada 44 orang yang mendaftar awal. Pun begitu hakikat sebenar peserta yang ingin mengikuti bengkel ini jauh laebih ramai dimana seramai lebih 30 orang peserta lagi terpaksa ditolak bagi mengikuti bengkel pertama ini kerana telah melebihi kapasiti yang disediakan iaitu untuk 40 orang peserta sahaja. Memandangkan adanya permintaan untuk mereka yang tidak dapat hadir untuk sesi ini, pihak penganjur akan sekali lagi mengadakan bengkel ini untuk sesi yang kedua kelak.
Sesi Pendaftaran |
Barisan Fasilitator |
Kesibukan persiapan menyambut hari raya Aidilfitri tidak sedikit pun mengganggu perjalanan bengkel ini kerana peserta yang hadir memperlihatkan minat dan kesungguhan yang tinggi untuk mendalami ilmu yang diajarkan apatah lagi peluang yang diberikan ini adalah percuma dan sukar diperolehi pada masa lain. Kebanyakan peserta yang hadir adalah terdiri dari kalangan pelajar, guru, lepasan sekolah, belia, wanita, usahawan dan petani. Kepelbagaian peserta ini telah memberi satu semangat kepada jurulatih serta fasilitator yang terdiri dari Pengurus dan Penolong Pengurus PID Zon Utara untuk memberi tunjuk ajar yang terbaik kepada peserta. Ia diketuai oleh Cik Siti Fatimah binti Ayob, Pengurus PID Kuala Nerang dengan dibantu Encik Shahiran bin Mohamad Ali, Penolong Pengurus PID Kupang serta beberapa fasilitator terdiri dari En. Muhamad Razi bin Bakar, Pengurus PID Bukit Kayu Hitam, En. Hamizam bin Sahimi, Pengurus PID Yan, En. Mohd Faizan bin Mahmood, Pengurus PID Kupang, Puan Siti Huraizah binti Abdul Rahman, Pengurus PID Balik Pulau, Rozita binti Othman, Pengurus PID Tasik Gelugor, Puan Siti Rahmah binti Samsuden, Penolong Pengurus PID Yan, Puan Hanni Najwa binti Halim, Penolong Pengurus PID Tasik Gelugor dan Sarina binti Ishak, Penolong Pengurus PID Balik Pulau.
VIP yang Had |
Ucapan Aluan Guru Besar |
Ucapan Perasmian oleh DO |
Penyampaian Cenderahati |
Bengkel Multimedia Kreatif ini telah dirasmikan oleh Encik A. Rahman Zainol, Pegawai Daerah Yan. Turut hadir adalah Tuan Haji Pamim bin Paieman, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Langkasuka, En Mohd Shukri, Penghulu Mukim Yan Merangkap Pengerusi PID Yan dan En Faidhan wakil dari MSC Malaysia. Turut hadir adalah En Andi Suswandi dari MSC Malaysia yang hadir membuat pemantauan semasa bengkel berlangsung.
Sesi Latihan |
Nyanyian Negaraku |
Taklimat Bengkel |
Bagi hari pertama antara modul yang telah dipelajari adalah membina blog dimana setiap peserta diberi tunjuk ajar untuk membina blog masing-masing. Selesai modul blog mereka diajar pula modul audacity iaitu latihan bagi membuat rekod audio dan muzik. Seterusnya peserta mengikuti pula modul photoscape iaitu latihan mengubahsuai gambar. Bengkel hari pertama telah berjaya diselesaikan pada jam 5.00 petang yang bermula dari jam 9.00 pagi lagi.
Peserta Bengkel |
Paan turut membantu |
Rakaman Suara |
Membantu Peserta |
Penerangan Fasi |
Bersama En Andi dari MSC |
Hari Kedua
4 September 2010
Makmal Sekolah Kebangsaan Langkasuka, Yan Kedah.
Bagi hari kedua pula sesi bengkel diteruskan dengan modul membina DST. Para peserta dipecahkan kepada 5 kumpulan kecil dan diminta menghasilkan sebuah jalan cerita didalam kertas dan seterusnya membentangkan hasil kerja mereka. Para peserta memperlihatkan kesungguhan dengan memberikan kerjasama yang baik dalam kumpulan masing-masing dalam menghasilkan tugasan yang diberikan.
Menghasilkan jalan Cerita |
Kehadiran peserta pada hari kedua juga amat menggalakkan dimana hanya seorang sahaja peserta yang tidak dapat hadir kerana terpaksa menguruskan perniagaannya memandangkan hari raya hampir tiba. Jumlah peserta yang hadir adalah seramai 38 orang.
Setelah selesai membentangkan hasil kerja kumpulan mengenai DST, para peserta diajar pulang menggunakan photostory iaitu bagaimana menghasilkan persembahan digital dengan menggabungkan gambar yang telah disunting menerusi modul sebelum ini dan memasukkan muzik latar. Setiap peserta dilihat dapat menghasilkan persembahan masing-masing dan beberapa peserta telah mempersembahkan hasil kerja masing-masing.
Sesi hari kedua turut dihadiri oleh En. Khairilbasyar bin Roslan, wakil dari Kementerian, Penerangan, Komunikasi & Kebudayaan bagi melihat sendiri perjalanan program.
Sesi petang pula diteruskan dengan aktiviti berkumpulan iaitu pertandingan explorace. Permainan ini bertujuan menguji pemahaman peserta sepanjang mengikuti bengkel. Ini kerana setiap soalan yang diberikan adalah berdasarkan apa yang telah dipelajari oleh mereka sepanjang bengkel.
Subscribe to:
Posts (Atom)
-
Pada 11 Mac 2011, Jumaat bertempat di Taman Tema, Tasek Bandar Darul Aman Jitra yang lepas aku terlibat dalam menjayakan program Autoshow ...