PID Bukit Kayu Hitam adalah antara 32 PID dan MID yang telah dilantik sebagai wakil sah perkhidmatan sistem ePerolehan pada Ogos 2009 dibawah program eP@DESA. Program ini adalah inisiatif Kem. Kewangan Malaysia (MOF) dengan kerjasama Kem. Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) dan Kem. Kemajuan Luar Bandar & Wilayah (KKLW) telah bekerjasama menyediakan kemudahan perkhidmatan ePerolehan bagi usahawan di luar bandar melalui Pusat Internet Desa (PID) dan Medan Info Desa (MID) di seluruh Malaysia.
Peserta Kursus eP@DESA bergambar bersama pihak ePerolehan dan Pn Faudziah.
Semua wakil 32 PID dan MID telah dilatih untuk membantu usahawan dan bakal usahawan mengenal dan menggunakan sistem ePerolehan untuk berurusan dengan agensi Kerajaan.
Di samping berkunjung ke Pusat ePerolehan yang terdapat di seluruh negara, para usahawan dan bakal usahawan boleh mengunjungi PID atau MID yang berdekatan untuk mendapat perkhidmatan rundingan bagi Pendaftaran dengan Kementerian Kewangan, penggunaan sistem ePerolehan untuk bertransaksi dengan agensi Kerajaan, dan jualan produk ePerolehan.